Jumat, 15 Juni 2012

Keputusan EURO 2012 : Sweden 2 England 3 (Kumpulan D)



PERLAWANAN antara England dan Sweden, yang sepatutnya bermula jam 2.45 pagi tadi (waktu Malaysia) tetapi dilewatkan 15 minit ekoran hujan lebat ketika pertemuan Perancis-Ukraine, menyaksikan England kembali mendahului Sweden 3-2.

Gol England dijaringkan oleh Andy Carroll pada minit ke-23 dan Theor Walcott manakala jaringan Sweden disempurnakan oleh Olof Mellberg pada minit ke-49 dan 59.

England menambah gol menerusi Danny Welbeck pada minit ke-75.

England yang dikritik hebat kerana persembahan buruk ketika menentang Perancis di mana mereka seri 1-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan D cuba mengatasi Sweden yang tewas sebelum ini kepada Ukraine.

Pengendali England, Roy Hodgson menyandarkan harapan pada gandingan Carroll dan Danny Welbeck untuk merobek gawang Sweden.

Sementara jurulatih Sweden, Erik Hamsen pastinya membuat perkara serupa dengan gandingan Zlatan Ibrahimovic dan Johan Elmander. demi mencari slot ke pusingan suku akhir.

Kali terakhir The Three Lions mengatasi Sweden adalah pada perlawanan persahabatan November lalu. Ia adalah kemenangan pertama mereka dalam tempoh 43 tahun. England menang 1-0 menerusi jaringan Gareth Barry di Wembley.



Sekilas fakta perlawanan:

- Penguasaan bola: 48% (Sweden); 52% (England)

- Sasaran ke gawang: 11 (Sweden); 13 (England)

- Sepakan penjuru: 2 ( Sweden); 3 (England)

- Kad kuning: 2 (Mellberg, Olson, Sweden); 1 (Milner, England)



Barisan pemain Sweden:

1. Andreas Isaksson
3. Olof Melberg
4. Andreas Granqvist
5. Martin Olsson
13. Jonas Olsson
6. Rasmus Elm
7. Sebastian Larsson
8. Anders Svensson
9. Kim Kallstrom
10. Zlatan Ibrahimovic (k)
11. Johan Elmander

Barisan pemain England:

1. Joe Hart
2. Glen Johnsen
3. Ashley Cole
6. John Terry
15. Joleon Lescott
4. Steven Gerrard (k)
11. Ashley Young
16. James Milner
17. Scott Parker
9. Andy Carroll
22. Danny Welbeck

- SINAR HARIAN

0 komentar:

Posting Komentar


Top