Kamis, 21 Juni 2012

Keputusan Suku Akhir EURO 2012 : Republik Czech 0 Portugal 1. Portugal mara ke Separuh Akhir



PORTUGAL muncul pasukan pertama melangkah ke separuh akhir kejohanan Euro 2012 dengan mengatasi Republik Czech 1-0 di Stadium Nasional, Warsaw sebentar tadi.

Satu-satunya gol pada perlawanan suku akhir Portugal-Republik Czech ini diperoleh pada separuh masa kedua, dijaringkan oleh
Cristiano Ronaldo pada minit ke-79.

Dengan kemenangan ini, Portugal akan bertemu sama ada Sepanyol atau Perancis di separuh akhir.

Ronaldo, ketua pasukan Portugal, menjadi wira apabila membenam Republik Czech 1-0.

Babak perlawanan pertama perlawanan, kedua-dua pasukan menampilkan permainan seimbang dan jarang melakukan sebarang percubaan berbahaya ke gawang lawan masing-masing.


Cuma pada minit kecederaan sebelum tamat separuh masa pertama, Ronaldo hampir mengejutkan Czech apabila rembatannya terkena tiang gol dan penjaga gawang, Petr Cech sudahpun tertewas.

Bersambung babak kedua, Portugal mula mengatur beberapa serangan.

Sekali lagi, Ronaldo menunjukkan kehebatannya sebagai pakar melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti dan telah terkena tiang pada minit ke-48.

Pada minit ke-57, gol menerusi tandukan penyerang Portugal, Hugo Almeida yang menggantikan Helder Postiga dibatalkan oleh pengadil perlawanan dari England, Howard Webb kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Anak-anak buah Paulo Bento mendominasi sepanjang babak kedua dengan melancarkan serangan demi serangan ke arah gawang Czech namun gagal membuahkan hasil.

Czech mempamerkan aksi bertahan dan hanya melakukan dua percubaan sahaja sepanjang perlawanan.

Dengan kemenangan Portugal itu, ia sekali gus mengecewakan pasukan Michel Bilek dan para penyokong mereka untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan edisi kali ini.

Berdasarkan rekod, Czech telah bertemu mereka sebanyak dua kali dengan menewaskan Portugal 1-0 pada perlawanan suku akhir Euro 2006, tetapi tewas kepada Portugal 3-1 ketika aksi peringkat kumpulan Euro 2008.

Sekilas fakta perlawanan:

Keputusan semasa: (0) Rep Czech (1) Portugal

Penguasaan bola: (43%) Rep Czech (57%) Portugal

Percubaan ke arah gawang: (2) Rep Czech (20) Portugal

Sepakan sudut: (6) Rep Czech (11) Portugal

Kad kuning: Limbersky (Rep Czech); Veloso, Nani (Portugal)


Senarai pemain Republik Czech:

1. Petr Cech (k)
6. Tomas Sivok
3. Michael Kadlec
8. David Limbersky
2. Theodor Gebre Selassie
13. Jaroslav Plasil
14. Vaclaf Pilar
17. Tomas Hubschman
19. Petr Jiracek
22. Vladimir Darida
15. Milan Baros


Senarai pemain Portugal:

12. Rui Patricio
2. Bruno Alves
3. Pepe
5. Fabio Coentrao
21. Joao Pereira
4. Miguel Veloso
8. Joao Moutinho
16. Raul Meireles
17. Nani
7. Cristiano Ronaldo (k)
23. Helder Postiga

- SINAR HARIAN

0 komentar:

Posting Komentar


Top