Selasa, 19 Juni 2012

Keputusan EURO 2012 : England 1 Ukraine 0 (Kumpulan D) England layak ke Suku Akhir



DONETSK (Ukraine): Gandingan Three Lions menundukkan tuan rumah, Ukraine, 1-0, pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan bagi Kumpulan D untuk melangkah ke suku akhir Euro 2012, di Donbass Arena, awal pagi tadi.

Wayne Rooney yang membuat penampilan pertama selepas tamat penggantungan dua perlawanan menanduk masuk gol pendahuluan selepas penjaga gol Ukraine, Andriy Pyatov, gagal menangkap kemas hantaran lintang kapten England, Steven Gerrard, pada minit ke-48.

England sebelum itu terpaksa berhempas-pulas untuk menahan asakan bertali arus barisan depan Ukraine dan berjaya mengikat tuan rumah 0-0, selepas selesai babak pertama.

Seri sebenarnya sudah memadai bagi England untuk melangkah ke suku akhir tetapi Ukraine memerlukan kemenangan untuk kekal dalam persaingan.

Ukraine lebih banyak menguasai perlawanan pada babak pertama, yang kebanyakannya bergelar dalam kawasan England tetapi ketiadaan ketua pasukannya, Andriy Shevchenko yang cedera lutut membuatkan tuan rumah tidak mempunyai penyudah.

Sementara itu, rentak Perancis yang tidak tewas 24 perlawanan sejak pusingan kelayakan Euro 2012 terjejas selepas kecundang 2-0, di tangan Sweden, menerusi Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-54 dan Sebastian Stephen di minit akhir perlawanan.

Babak pertama menyaksikan Perancis turut terikat 0-0.

Perancis akan bertemu Sepanyol pada peringkat suku akhir manakala England yang mengumpul tujuh mata akan bertemu Itali.

ENGLAND: Joe Hart, Glen Johnson, Joleon Lescott, John Terry, Ashley Cole, James Milner, Steven Gerrard, Scott Parker, Ashley Young, Wayne Rooney, Danny Welbeck.

UKRAINE: Andriy Pyatov, Oleh Gusev, Yevhen Kiacheridi, Yevhen Selin, Yaroslav Rakitskiy, Andriy Yarmolenko, Anatoliy Tymoshchuk, Yevhen Konoplyanka, Denys Garmash, Marko Devic, Artem Milevskiy.

PENGADIL: Viktor Kassai (Hungari)

- HARIAN METRO

0 komentar:

Posting Komentar


Top