Jumat, 29 Juni 2012

Irma Hasmie berkahwin dengan Ahli Perniagaan


PUTRAJAYA: Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang.Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.

Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.

- MSTAR

Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Otak


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Osman Kering,58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu.

Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun.

Anak kedua Allahyarham iaitu Nur Ain,25, yang dihubungi mStar Online petang Jumaat berkata, sejak dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan tenat serta tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia.

“Keadaan ayah amat kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh sehinggalah dia meninggalkan kita semua,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan jadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, di sini.

Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan aktif berlakon sejak tahun 1986 dan membintangi lebih daripada 20 buah filem dan drama.

Filem terakhir beliau ialah Kantoi, arahan Mat London dan memegang watak sebagai pelakon pembantu.

- MSTAR
Masalah kesukaran tidur kritikal

Masalah kesukaran tidur kritikal

Kementerian Kesihatan menyifatkan masalah kesukaran tidur di kalangan rakyat di negara ini berada pada tahap kritikal.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, meskipun kerajaan tidak mempunyai statistik tepat mengenai masalah itu namun pihaknya yakin ia berada pada tahap kritikal berdasarkan rekod pesakit ke hospital bagi mendapatkan rawatan berhubung masalah tersebut.

Sehubungan itu tambahnya, kerajaan komited mengatur perancangan membantu orang ramai yang mengalami masalah tersebut dalam memastikan kualiti kehidupan rakyat dapat ditingkatkan.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan orang ramai mengambil serius berhubung jumlah waktu tidur yang diperlukan agar mereka sentiasa berada dalam keadaan bertenaga dan segar.

"Tidur kurang dari lima jam adalah sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan kerana ia bukan sahaja mengundang penyakit malah mengurangkan produktiviti serta kebolehan mengingat dan memproses maklumat.

"Begitu juga tidur secara berlebihan. Jadi, orang ramai perlu mengetahui purata jumlah waktu tidur yang sebenar iaitu antara enam hingga lapan jam sehari," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan Kongres Malaysia Antarabangsa ORL-HNS Keempat dan Kongres Masalah Kesukaran Tidur ASEAN Pertama di sini hari ini.

Kongres yang bertujuan berkongsi idea dan perkembangan terkini mengenai penyelidikan masalah tidur dan kaedah rawatannya itu dihadiri lebih 500 delegasi dari dalam dan luar negara termasuk wakil dari United Kingdom, Australia, Hong Kong, Thailand, Korea dan Indonesia.

Menurut Tiong Lai, orang ramai yang mengalami masalah kesukaran tidur termasuk salur pernafasan terhalang (OSA) perlu mendapatkan rawatan pada peringkat awal.

"Antara punca masalah tidur dan OSA ini adalah seperti sering mengalami tekanan darah tinggi, obesiti dan sakit jantung," katanya.

- UTUSAN

Kamis, 28 Juni 2012

EURO 2012 : Itali ke final Euro 2012 tewaskan Jerman 2 - 1


Itali mengetepikan Jerman 2-1 untuk mara ke final bertemu dengan juara bertahan Sepanyol.

Dalam pertemuan yang mendebarkan, Itali mendahului Jerman 2-0 sebelum lawannya itu menjaringkan gol tunggal pada minit-minit terakhir pertemuan, menerusi tendangan penalti.
Dengan kemenangan ini, Itali akan bertemu juara bertahan, Sepanyol dalam aksi final setelah menewaskan Portugal awal pagi semalam.

Sebaliknya, Jerman selaku pilihan kedua kejohanan bukan sahaja gagal untuk mara buat kali kedua berturut-turut, malah terpaksa akur apabila terus gagal menamatkan badi kekalahan ke atas Itali.

Kekalahan ini jelas mengecewakan rata-rata penyokong yang ingin menyaksikan pasukan itu mara ke final menentang Sepanyol untuk mengulangi sejarah empat tahun lepas.

Pada babak awal perlawanan, Itali yang menguasai perlawanan banyak melakukan serangan ke atas Jerman. Bagaimanapun berjaya dikekang oleh pertahanan pasukan itu.

Namun, semangat juang Itali nyata membuahkan hasil apabila Mario Balotelli berjaya menjaringkan gol awal untuk berada selesa di depan.

Perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan terus melakukan asakan untuk mencipta gol.

Mario Balotelli sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang apabila menghasilkan gol kedua untuk terus melebarkan kedudukan di depan.

Bersambung babak kedua, Jerman yang tersentak dengan dua jaringan Itali, mula encari rentak dan melakukan serangan balas, namun semuanya menemui jalan buntu apabila terus gagal menghasilkan sebarang gol.

Namun, Jerman berjaya menjaringkn gol pertama pada minit ke-91 menerusi sepakan penalti oleh Mesut Ozil.

Bagaimanapun, jaringan itu tidak berjaya menyekat kemaraan Itali untuk menempah tiket ke final.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Jerman belum pernah mengalahkan Itali dalam perlawanan kompetitif dimana tewas tiga kali dan seri tiga kali dalam kancah Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah.

Senario di Arena (pada minit ke-....)

90+4: Kedudukan kekal 2-1

90+4: Itali mara ke final

90+2: Jerman semakin bersemangat mencari gol penyamaan

89: Peluang Jerman terus digagalkan pertahanan Itali

88: Jerman semakin terdesak mencari gol. Berjaya dikekang pertahanan Itali

83: Kad kuning dilayangkan kepada Itali-Daniele De Rossi

83: Kad kuning dilayangkan ke atas pemain Itali, Daniele De Rossi

82: Tendangan sudut kepada Jerman

81: Perlawanan semakin rancak - Jerman terus mencari peluang. Itali pukul bermain perlahan, cuba bertahan

79: Percubaan Jerman sekali lagi gagal - tendangan melabung.

77: Kedua-dua pasikan terus melakukan asakan

75: Pertahanan Itali semakin utuh - Jerman semakin terdesak

74: Penjaga gol Itali beraksi cemerlang apabila berjaya menyelamatkan serangan bertubi-tubi jerman

70: Kedudukan semasa 2-0.

68: Minit ke-68, Antonio Di Natale menggantikan Mario Balotelli.

64: Perlawanan semakin debarkan - Jerman masih buntu mencari gol.

61: Sepakan percuma diberikan kepada Jerman-berjaya diselamatkan penjaga gol Itali

60: Kad kuning dilayangkan kepada Itali- Leornardo Bonucci

59: Itali lebih banyak menggunakan corak bertahan. Satu lagi peluang bagi Mario Balotelli jaringkan gol.

57: Jerman terus melakukan asakan.

56: Tendangan sudut untuk Jerman, tetapi tiada hasilan gol.

55: Itali yang selesa cuba lakukan serangan untuk kukuhkan kedudukan.

53: Serangan Jerman terus dipatahkan oleh pertahanan Itali.

52, Kedudukan 2-0, Itali atasi Jerman, Jerman semakin terdesak mencari gol,

51: Pertahanan utuh Itali memperkukuhkan kedudukan, menghalang serangan Jerman.

50: Serangan balas Itali diselamatkan oleh penjaga gol Jerman.

45: Miroslav Klose menggantikan Mario Gomez, Lukas Podolski diganti oleh Marco Reus.

45 + 1: Separuh masa pertama berakhir dengan penguasaan permainan 49% Jerman dan 51% Itali.

40: Tinggal 5 minit separuh masa pertama berakhir, Jerman kuasai 63% permainan, Itali 37% - Itali 2-0.

39: Jerman terus buntu mencari gol

37: Jerman terus tersentak dengan dua jaringan Itali, cuba melakukan serangan, tapi dihalang pertahanan Itali.

36: Mario Balotelli yang menjaringkan 2 gol menentang Jerman, satu-satunya pemain menerima kad kuning setakat ini. Dia buka jersi selepas menjaringkan gol kedua.

35: Gol kedua menerusi Mario Balotelli

34-tendangan sudut kepada Jerman

34-Itali hampir menjaringkan gol kedua tapi berjaya dihalang pertahanan jerman

33: Jerman tidak berputus asa melakukan serangan ke atas gawang Itali

31: Statistik minit ke-31: Penguasaan bola Jerman mula atasi (63%); Itali (37%).

30: Kedudukan masih sama 1-0.

29:Percubaan Phillipp Lams terus buntu mencari gol apabila tendangannya tersasar

28: Jerman terus melakukan serangan
25: Sekali lagi peluang Jerman untuk menyamakan kedudukan namun tendangan tersasar

24: Penyokong Jerman terus memberikan sokongan meskipun ketinggalan 1 gol di belakang

23: Statistik perlawanan- 52 peratus bola dikuasai oleh Itali, 48 peratus oleh Jerman

21: Percubaan Jerman melambung tinggi

20: Jerman semakin tertekan dengan jaringan awal itali, cuba melakukan asakan

19: Mario Balotelli menjaringkan gol pertama Itali, mendahului Jerman 1-0.

17: Serangan Itali, Casano merempat bola tetapi diselamatkan oleh penjaga gol Jerman

14: Perlawanan semakin rancak. Kedua-dua pasukan saling mnegasak kubu masing-masing


12: Percubaan Jerman ke gawang gol tersasar Serangan Jerman diselamatkan penjaga gol Itali. Jerman meneruskan asakan minit ke-13

11: Gawang Itali cemas apabila jerman hampir untuk menjaringkan gol pertama. Statistik permainan: Penguasaan bola Jerman (42%); Itali (58%)

10: Kedudukan masa sama tanpa jaringan.

9: Jerman pula meneruskan asakan.

8: Itali lakukan serangan balas

6: Sepakan penjuru kepada Jerman

5: Cubaan Jerman diselamatkan oleh penjaga gol Itali.

3: Permulaan yang agak perlahan, belum rancak bagi kedua-dua pasukan

0.01: Persaingan bermula. Itali mula sepakan



Statistik permainan:

- Kedudukan gol: Jerman (1) - Itali (2)

- Penguasaan bola Jerman (53%); Itali (47%)

- Sasaran ke gawang: 17(Jerman); 11 (Itali)

- Sepakan penjuru: 14 (Jerman); (0) Itali



Barisan pemain Jerman

1 Manuel Neuer
20 Jerome Boateng
14 Holger Badstuber
5 Mats Hummels
16 Philipp Lams
7 Bastian Schweinsteiger
6 Sami Khedira
21 Marco Reus
8 Mesut Ozil
10 Luka Podolski
23 Mario Gomez

Barisan pemain Itali

1 Gianluigi Buffon
7 Ignazio Abate
15 Andrea Barzagli
19 Leornando Bonucci
6 Federico Balzaretti
16 Daniele De Rossi
21 Andrea Pirlo
8 Claudio Marchisio
18 Riccardo Montolivo
9 Mario Balotelli
10 Antonio Cassano

- SINAR HARIAN

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012


Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012

Tarikh : 29 Jun hingga 1 Julai 2012

Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Lebih 350 agensi/syarikat seperti Al-Rajhi Bank, Media Prima Bhd., Celcom, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), akan menawarkan pelbagai jawatan kosong serta peluang keusahawanan sepanjang karnival ini.

Cabutan Bertuah dengan hadiah iPAD, iPHONE, iPOD TOUCH.

http://www.k3g.com.my

Google lancar Nexus 7


Syarikat Google kelmarin mengumumkan komputer tablet terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).

Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad.

Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan.

- Agensi
Pendakwaan dalam masa 90 hari

Pendakwaan dalam masa 90 hari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bersedia untuk melaksanakan perbicaraan pantas iaitu proses pendakwaan ke atas tertuduh di mahkamah yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari selepas pertuduhan, mulai bulan depan.

Perbicaraan pantas melibatkan kesalahan kes membabitkan hukuman penjara maksimum 10 tahun mengikut Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan 2012) dan ia juga tidak melibatkan kes jenayah seksual dan kanak-kanak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perundangan dan Siasatan Bukit Aman, Datuk Razali Basri berkata, semua pegawai penyiasat dan penyelia siasatan sedang diberi pemahaman dan pendedahan bagi mengendalikan siasatan untuk kes-kes perbicaraan ini.

"Melalui perbicaraan pantas ini, ia akan menjimatkan masa di mana kes-kes tertentu tidak perlu melalui tempoh perbicaraan yang lama di mahkamah.

"Konsep perbicaraan pantas ini telah dilaksanakan dan berhasil di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom," katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Polis PDRM di Jalan Raja Muda, Kangar.

Pada Mei lalu, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan 2012) yang antara lain bertujuan melengkapi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang diwujudkan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Razali berkata, kumpulan pertama melibatkan 80 pegawai penyiasat dan penyelia siasatan dari Zon Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah menyertai Seminar Siasatan dan Pendakwaan yang diadakan di Kangar selama dua hari mulai hari ini.

Katanya, seminar seterusnya akan diadakan di lima lagi zon iaitu di Kuching, Sarawak pada 5 dan 6 Julai, Zon Selatan iaitu Johor Bahru dan Melaka, Negeri Sembilan pada 12 dan 13 Julai, 17 dan 18 Julai di Zon Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu dan diikuti Zon Tengah iaitu Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Bukit Aman yang belum ditetapkan tarikh.

Razali berkata, menerusi perbicaraan pantas, akan berlaku proses praperbicaraan iaitu perbincangan antara tertuduh yang diwakili peguam lantikan sendiri atau dari Jabatan Bantuan Guaman bersama pegawai penyiasat dari PDRM.

Selain itu katanya, tertuduh akan diberi peluang untuk membuat pengakuan bersalah bagi kesalahan tertentu sahaja di mana hukuman yang dikenakan ke atasnya juga akan diringankan.

- UTUSAN

Program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) dilancarkan


Kerajaan meluluskan peruntukan RM2 juta daripada dana khas untuk melaksanakan program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) untuk memberi tuisyen secara percuma kepada pelajar di seluruh negara yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program yang dilaksanakan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di kediamannya di Seri Perdana di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Sementara itu, Alimuddin berkata, projek perintis program itu akan dilaksanakan di negeri Selangor melibatkan 10,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

"Program i-TR1M ini akan meningkatkan prestasi akademik bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program tersebut di Putrajaya semalam.

Alimuddin berkata, program yang berlangsung dari 18 Jun hingga Oktober ini dilaksanakan di 107 buah sekolah iaitu 30 buah sekolah menengah dan 77 buah sekolah rendah di Selangor.

- KOSMO!

Teknologi Lumia Nokia


TERUS mempertaruh sistem operasi Windows pada gajet selular Lumia mereka, syarikat teknologi Nokia memperkenalkan dua lagi model terkini untuk platform sama.

Kali ini, Nokia Lumia 610 disasarkan untuk pengguna baru yang mahu berjinak-jinak dengan peranti telefon pintar sementara Nokia Lumia 900 pula bakal menawarkan pengalaman komunikasi sempurna.

Menurut Pengurus Pasaran Produk Nokia Malaysia, Glen Cha, kedua-dua model berkenaan dicipta dengan prestasi terbaik demi melengkapkan aktiviti bekerja dan berhibur.

''Bagi Lumia 610, walaupun direka untuk pengguna amatur, namun ia masih menawarkan fungsi dan spesifikasi sangat kompetitif.

''Manakala Lumia 900 pula yang menggabungkan gaya dan teknologi pasti akan memberi kepuasan operasi kepada pengguna,'' katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lumia 610 dilengkapi paparan skrin 3.7 inci beresolusi tinggi, kamera lima megapiksel serta memori binaan dalam lapan gigabit (GB).

Ia turut disempurnakan bersama kemasan metalik, reka bentuk nipis, capaian Wi-Fi serta fungsi flip untuk senyap.

Melihat pula kecemerlangan Lumia 900, ia terbina bersama rangka poli karbonat unik serta dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 4.3 inci sesuai untuk kepuasan tontonan maksimum.

Lebih menarik, menerusi teknologi ClearBlack, peranti itu menawarkan paparan dan warna sangat jelas walaupun berada di bawah terik matahari.

Untuk fungsi pengimejan, Lumia 900 dilengkapi kamera berkuasa lapan megapiksel dengan kelebihan lensa Carl Zeiss, lampu flash LED berkembar, pemfokusan auto dan berskrin luas.

Kamera hadapannya beresolusi satu megapiksel sesuai untuk rakaman foto berkualiti serta menyokong aktiviti panggilan video.

Pengguna Lumia 900 juga tidak perlu risau tentang jangka hayat kuasa telefon mereka kerana ia mempunyai ketahanan bateri maksimum hanya dengan sekali cas.

Kelebihan lain Lumia 900, ia menyokong platform pelayaran Internet HTML 5 dan akses kepada storan awan dikenali sebagai SkyDrive.

Daripada segi fungsi antara muka utama untuk kedua-dua peranti itu, ia tersedia dalam paparan berpetak yang dikemaskini dalam masa nyata dikenali sebagai Live Tiles.

Menerusinya, pengguna boleh mencapai semua aplikasi seperti laman web rangkaian sosial, mesej, temujanji serta akses foto dan muzik secara lebih cepat.

Bagi aplikasi People Hub pula, ia akan mengintegrasi kesemua kontak pengguna bersama akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Linkedln bagi kemudahan paparan hanya pada satu klik.

Pelayaran Internet juga akan menjadi lebih produktif melalui model-model Lumia ini kerana ia disokong platform Internet Explorer 9 dan pelayar Bing selain aplikasi kerja Office serta Outlook Mobile.

Akhir sekali, kedua-duanya turut tersedia bersama aplikasi Nokia Maps dan Nokia Drive untuk kemudahan navigasi perjalanan di 100 buah negara seluruh dunia.

Nokia Lumia 610 dengan pilihan warna hitam, putih, merah jambu dan biru kini ditawarkan pada harga RM699 manakala Lumia 900 berkapasiti storan 16 gigabit (GB) dijual pada harga RM1,799 untuk warna biru, hitam dan putih.

- UTUSAN
Hantar Borang B, Bayar Cukai Pendapatan Perniagaan Selewatnya 30 Jun 2012 - LHDN

Hantar Borang B, Bayar Cukai Pendapatan Perniagaan Selewatnya 30 Jun 2012 - LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan pembayar cukai yang mempunyai punca pendapatan daripada perniagaan agar menghantar Borang B dan menjelaskan bayaran selewat-lewatnya Sabtu ini, 30 Jun 2012.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslim berkata mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan penalti mengikut subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Bagi kegagalan menghantar Borang B, penalti maksimum yang boleh dikenakan sehingga tiga kali ganda daripada amaun cukai yang ditaksir.

"Manakala bagi lewat bayar cukai pula, penalti maksimum yang boleh dikenakan adalah sehingga 15 peratus daripada amaun cukai yang masih tertunggak," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Bagaimanapun, Masrun berkata kelonggaran diberi kepada pembayar cukai yang menggunakan perkhidmatan e-Filing untuk menghantar Borang B mereka sehingga 15 Julai ini.

"Pembayar cukai juga boleh memudahkan urusan bayaran cukai mereka melalui perkhidmatan e-Bayaran yang ditawarkan," katanya.

- BERNAMA
75 peratus dapat kerja selepas 6 bulan

75 peratus dapat kerja selepas 6 bulan

Kajian Pengesahan Graduan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mendapati 75 peratus graduan memperoleh pekerjaan enam bulan selepas menamatkan pengajian, seperti disasarkan pada 2010.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah itu termasuk graduan yang menunggu penempatan, mengikuti latihan dan menyambung pengajian dalam enam bulan selepas tamat pengajian.

Katanya, kumpulan sasar kementerian termasuk pelajar dalam tempoh pengajian sehingga menduduki peperiksaan akhir, menamatkan kursus dan graduan masih dalam sistem pengajian tinggi bagi tempoh enam bulan selepas menduduki peperiksaan akhir atau selepas konvokesyen.

“KPT memilih pendekatan ini bagi memastikan graduan mempunyai kebolehan tinggi, bermutu dan ada nilai tambah dari segi kemahiran insaniah serta memenuhi kehendak pasaran bagi memperoleh pekerjaan bersesuaian.

“Kerajaan turut memperuntukkan RM75 juta tahun ini bagi pelaksanaan program berkaitan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan untuk kumpulan sasar ini,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Pelancaran Inisiatif Pembangunan Modal Insan.

Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KPT, Datuk Omar Abd Rahman.

MoU di antara KPT dan Might-Meteor Advanced Manufacturing (MMAM) Sdn Bhd itu dimeterai sempena majlis pelancaran Seminar Pemantapan Program Kebolehdapatan Kerja Graduan dan Program ‘Siri Pemimpin’.

Khaled berkata, berbanding 2007, keupayaan graduan mendapat kerja meningkat tahun lalu dalam semua kategori iaitu 77.4 peratus di Universiti Penyelidikan, Universiti Komprehensif (72.2 peratus) dan 74.2 peratus bagi Universiti Berfokus.

Katanya, kerjasama antara KPT-MMAM membuktikan komitmen kerajaan menangani isu kebolehpasaran graduan dalam bidang teknologi tinggi menerusi perkongsian berkesan antara sektor awam dan swasta bagi menambah baik kemahiran bakat tempatan supaya memenuhi keperluan industri.

Program ‘Siri Pemimpin’ bertujuan meningkatkan kemahiran graduan sebagai pakar industri berteknologi tinggi pada masa depan dengan menyasarkan pembangunan kepakaran yang khusus dalam teknologi elektrik dan elektronik, teknologi hijau serta industri minyak dan gas.

- BERITA HARIAN

Rabu, 27 Juni 2012

EURO 2012 : Sepanyol ke Final, menang penalti 4-2 ke atas Portugal


SEPANYOL menghampiri untuk melakar hatrik apabila mencatat kemenangan bergaya menerusi sepakan penalti ke atas Portugal dalam aksi penuh mendebarkan di Stadium Donestk, awal pagi tadi (waktu tadi).

Perlawanan yang berlangsung selama 120 minit berikutan seri tanpa jaringan berlanjutan sehingga ke sepakan penalti, membuatkan juara bertahan, Sepanyol menang 4-2 mengatasi Portugal.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol mengesahkan tiket ke final dan akan bertemu sama ada Jerman atau Itali di perlawanan akhir.

Pada masa yang sama, kekalahan ini turut meranapkan impian Portugal yang ingin mengulangi sejarah melayakkan diri ke final, sebagaimana disaksikan pada 2004.

Pada babak awal perlawanan, Portugal dilihat melakukan asakan awal ke atas Sepanyol untuk menjaringkan gol. Namun ia tidak berhasil apabila dikekang pertahanan La Roja.

Sebaliknya, Sepanyol yang cemas asyik diasak, mula menemui rentak di tengah babak perlawanan apabila mula bermain agresif dengan menampilkan serangan balas berbahaya ke arah gawang Portugal.

Namun turut tiada gol berjaya dijaringkan.

Meskipun kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing, namun gol masih gagal dilakukan untuk mereka mencatat kemenangan.

Dengan kemenangan ini juga, Sepanyol semakin menghampiri untuk mempertahankan kejuaraan kali kedua berturut-turut.

Penyandang juara, Sepanyol turun dengan misi untuk mencipta hatrik iaitu juara Euro 2008 dan juara Piala Dunia 2010 manakala Portugal pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan disamping memasang impian untuk mengulangi sejarah pada tahun 2004.



Perkembangan di arena (pada minit ke....):

- Francesc Fabregas jaringkan gol Portugal 2-4 Sepanyol.

- Sepakan Eduardo Bruno Alves tersasar.

- Garcia Sergio Ramos hasilkan gol. Portugal 2-3 Sepanyol.

- Luis Nani hasilkan gol. Portugal 2-2 Sepanyol.

- Gerard Pique hasilan gol. Portugal 1-2 Sepanyol.

- Kleper Pepe hasilkan gol. Portugal 1-1 Sepanyol.

- Andres Iniesta hasilkan gol. Portugal 0-1 Sepanyol.

- Sepakan Felipe Joao Moutinho diselamatkan oleh Iker Casillas

- Sepakan Xabi Alonso diselamatkan oleh Pedro Rui Patriico

120 + : Penentuan pemenang menerusi sepakan penalti. Sepanyol mengatasi Portugal 4-2.

120: Kedudukan terikat 0-0. Pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

113: Larian solo pemain Sepanyol tidak berjaya untuk menjaringkan gol apabila dihalang pertahanan Portugal.

110: Gawang Portugal cemas apabila Sepanyol hampir mencipta gol kemenangan, namun berjaya dikekang.

109: Percubaan Sepanyol terus gagal untuk membolosi gawang lawan.

108: Perlawanan semakin mendebarkan. Kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing

105: Separuh masa pertama masa tambahan berakhir.

105: lagi peluang bagi Sepanyol - menerusi tendangan percuma. Gagal disempurnakan

102: Percubaan Sepanyol dalam kotak penalti gagal dilaksanakan.

100: Portugal dan Sepanyol masih mencari gol

97: Tendangan percuma diambil oleh Kleper Pepe.

96: Kedua-dua pasukan masih mencari peluang untuk menjaringkan gol.

93: Portugal melakukan serangan balas ke atas Sepanyol.

91: Permainan masa tambahan berlangsung.

90+3: Perlawanan masa kedud berakhir, kedudukan kekal 0-0. Perlawanan akan bersambung di masa tambahan.

90+2: Kad kunung kepada pemain Portugal Miguel Veloso

90+1: Tendangan sudut kepada Sepanyol.

90: Masa tambahan tiga minit diberikan.

86: Kedua-dua pasukan buntu dalam mencari jaringan.

85: Kad kuning dilayangkan kepada pemain Portugal Bruno Alves.

84: Kedudukan masih 0-0.

83: Sepakan percuma, diambil Ronaldo, tetapi tiada hasil gol.

80: Miguel Nelson Oliveira menggantikan Hugo Miguel Almeida.

77: Percubaan Sepanyol ke gawang Portugal tidak berhasil.

75: Kedudukan masih teriat 0-0. Kedua-dua pasukan mengasak kubu lawan masing-masing.

72: Sepakan percuma, diambil Ronaldo, gagal hasilkan gol.

68: Perlawanan semakin mendebarkan, kedudukan masih 0-0.

67: Cubaan Xavi Hernandez ke gawang lawan tidak berjaya.

64: Tendangan sudut kepada Sepanyol, tiada jaringan.

63: Kad kuning kepada pemain Portugal Joao Pereira. Tendangan percuma kepada Sepanyol, tiada jaringan gol.

60: Kedudukan masih kekal 0-0

59: Kad kuning kepada pemain Sepanyol-Sergio Busquets

58: Portugal terus mengasak kubu lawan

56: Satu lagi tendangan sudut kepada Portugal.

54: Francesc Fabregas (pemain Sepanyol) dibawa masuk menggantian Alvaro Negredo.

53: Kedudukan masih kekal 0-0

52: Tendangan sudut kepada Portugal.

51: Asakan Portugal dihalang oleh pertahanan Sepanyol.

50: Tendangan sudut kepada Sepanyol.

48: Percubaan jarak jauh Sepanyol tidak berjaya.

46: Permainan separuh masa kedua mula. Kedudukan 0-0.

45: Kedudukan masih 0-0; permainan separuh masa pertama sudah berakhir

44: Kad kuning ketiga dilayangkan kepada pemain Portugal - Fabio Coentrao

40: Kad kuning kedua dilayangkan pengadil kepada pemain Sepanyol - Sergio Ramos

30: Sekali lagi peluang Portugal untuk mendahului di depan, namun hampa apabila tendangan Cristiana Ronaldo tersasar

28: Tendangan Andres Iniesta hampir membolosi gawang, namun tersasar

26: Gawang Sepanyol cemas apabila Portugal terus melakukan asakan bertubi-tubi

25: Asakan Portugal berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan Sepanyol

23: Percubaan kali kedua Cristiana Ronaldo tersasar

20: Statistik permainan: 51 peratus bola dikuasai Sepanyol, 49 peratus oleh Portugal

18: Perlawanan semakin rancak. Kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing

16: Tendangan percuma oleh Cristiano Ronaldo berjaya dikekang daripada membolosi gawang lawan

15: Kad kuning pertama dilayangkan pengadil kepada pemain sepanyol- Alvaro Aebeloa

11: Kedudukan masih terikat 0-0

9: Sepanyol semakin agresif dengan melakukan asakan bertubi-tubi

8.42 Percubaan pertama sepanyol menerusi Alvaro Arbeloa gagal apabila bola melambung tinggi melepasi gawang

5.42: Asakan sepanyol berjaya dikekang pertahanan portugal

3.53: Sepanyol melakukan asakan pertama ke arah gawang portugal

1.21: Tendangan pertama kepada portugal

1.20: Portugal melakukan asakan ke gawang sepanyol



Statistik permainan:

- Kedudukan gol: (0) Sepanyol - (0) Portugal

- Penguasaan bola: 41% (Portugal) - 59% (Sepanyol)

- Sasaran ke gawang: (12) Portugal; (13) Sepanyol

- Sepakan penjuru: (6) Portugal; (7) Sepanyol



Barisan pemain Portugal

12 Rui Patricio
21 Joao Pereira
2 Bruno Alves
3 Pepe
5 Fabio Coentrao
16 Raul Meireles
4 Miguel Veloso
8 Joao Mountinho
17 Nani
9 Hugo Almeida
7 Cristiano Ronaldo


Barisan pemain Sepanyol

1 Iker Casillas
17 Alvaro Arbeloa
15 Sergio Ramos
3 Gerard Pique
18 Jordi Alba
8 Xavi Hernandez
16 Sergio Busquets
14 Xabi Alonso
21 David Silva
10 Cesc Fabregas
6 Andres Iniesta

- SINAR HARIAN
Kadar Penalti Kesalahan Lalulintas sehingga RM2,000

Kadar Penalti Kesalahan Lalulintas sehingga RM2,000

Orang ramai melihat kadar penalti lebih tinggi sehingga RM2,000 bagi kesalahan jalan raya, termasuk gagal mematuhi isyarat lalu lintas mampu mendisiplinkan pengguna.

Pekerja swasta, Mohd Azam Dinor, 26, berkata kadar baru yang dijangka diluluskan Dewan Rakyat itu antara langkah mendisiplinkan pemandu agar mengikut had laju ditetapkan ketika di jalan raya.

“Langkah ini adalah relevan kerana pemandu sentiasa berwaspada supaya tidak memandu laju sehingga mengakibatkan kemalangan. Siapa yang sanggup membayar RM2,000 semata-mata bawa kereta laju.

“Lebih baik memandu mengikut had laju dan peraturan kerana itu lebih bagus daripada membayar denda atas kesalahan lalu lintas,” katanya.

Beliau mengulas kadar penalti lebih tinggi sehingga RM2,000 mungkin dikenakan bagi beberapa kesalahan jalan raya selepas pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan kelak.

Perkara itu antara terkandung dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 yang mencadangkan tindakan lebih tegas bagi kesalahan lalu lintas, termasuk menaikkan denda maksimum sehingga RM2,000 bagi beberapa kesalahan utama.

Rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, semalam dibentangkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri.
Pelajar kolej swasta, Liyana Jamaluddin, 20, berkata beliau setuju jika denda lebih tinggi dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Kadangkala kemalangan terjadi akibat kecuaian pemandu yang memandu laju sehingga mengorbankan pemandu berhemah.

“Cara ini boleh mengajar pemandu yang gemar memandu laju menghormati undang-undang dan hak pemandu lain,” katanya.

Sementara itu, Ismail Abu, 60, pula melihat denda baru berkenaan terlalu tinggi dan bukan semua pesalah trafik daripada golongan berada.

“Mungkin langkah ini antara inisiatif mengawal pemandu supaya lebih berhati-hati tetapi tidak semua pesalah mampu membayar denda dikenakan itu,” katanya.

- BERITA HARIAN
Tentera bersara awal tiada pencen

Tentera bersara awal tiada pencen

Seramai 210,675 bekas tentera di seluruh negara tidak mendapat pencen kerana mereka menamatkan perkhidmatan lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kebajikan golongan terbabit tetap terpelihara melalui usaha Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

Katanya, JHEV dan PERHEBAT menyediakan pelbagai bantuan kepada veteran tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan untuk meringankan kos sara hidup mereka seperti skim bantuan kebajikan dan pendidikan serta bantuan sara hidup.

“Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan kupon makanan bulanan kepada mereka berikutan pelbagai program latihan kemahiran disediakan sebelum golongan itu menamatkan perkhidmatan, membolehkan mereka meneruskan kehidupan,” katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani), di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Zahid berkata, bantuan diberi kerajaan kepada pesara tentera di negara ini juga jauh lebih baik jika dibandingkan dengan beberapa negara lain.

“Secara perbandingan Amerika Syarikat dan Australia hanya memberikan bantuan kepada pesara tentera saja dan bukan kepada isteri atau anak-anak mereka,” katanya.

- BERITA HARIAN

Aplikasi MyTeksi - Cara Mudah Tempahan Teksi


TEKSI merupakan salah satu pengangkutan pilihan bagi kebanyakan pengguna di Malaysia untuk menuju ke destinasi yang diingini. Pengguna boleh menunggu di tepi jalan atau menghubungi pihak yang mengendalikan perkhidmatan tersebut.

Meskipun ramai yang memilih pengangkutan awam lain seperti bas, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) atau monorel, namun hakikatnya teksi masih relevan dalam dunia hari ini.

Dalam usaha menawarkan kelainan kepada pengguna, MyTeksi telah melancarkan perkhidmatan tempahan teksi secara mudah alih yang pertama di Malaysia. Ia membolehkan penumpang untuk menempah teksi dengan mudah menggunakan telefon pintar dan tablet (iOS dan Android) selain menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pengurus Besar MyTeksi, Chew Wei Chuan berkata, khidmat tempahan teksi secara mudah alih yang inovatif ini dipacu oleh teknologi mesin ke mesin (M2M) Maxis dan menggunakan keupayaan Maxis sebagai pembekal perkhidmatan rangkaian 3G serta 2G terbesar di Malaysia.

"Kelainan tempahan teksi secara digital baharu ini terletak kepada keupayaannya untuk membolehkan penumpang menempah teksi dengan sebarang alat mudah alih, memadankan penumpang dengan pemandu teksi terdekat dan memberikan pengesahan segera.

"Penumpang teksi yang menggunakan aplikasi MyTeksi IOS, aplikasi Android atau SMS, boleh mendapat pengesahan dalam tempoh tiga minit. Selain itu, mereka turut diberikan nombor plat teksi, nama pemandu, anggaran masa ketibaan serta tambang," jelas Wei Chuan dalam satu sidang media baru-baru ini.

MyTeksi merupakan perkhidmatan tempahan teksi mudah alih pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar untuk menempah dan menghantar teksi.

Sejak tahun 2011, pemandu teksi telah menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar MyTeksi untuk menerima tempahan melalui SIM M2M Maxis untuk berkomunikasi dengan serta-merta.

Menurut Wei Chuan, pihaknya telah melaburkan RM500,000 bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan aplikasi MyTeksi.

Menyokong inisiatif

Berdasarkan maklum balas yang diterima, pihaknya turut mensasarkan untuk menembusi pasaran Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand menjelang tahun hadapan dengan aplikasi ciptaan mereka.

Sementara itu, Presiden Persatuan Teksi Wilayah Persekutuan & Selangor, Datuk Aslah Abdullah memberitahu, pihaknya menyokong penuh inisiatif yang dilakukan MyTeksi dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

"Seramai 120 pemandu teksi telah menggunakan MyTeksi sejak bulan September tahun lalu. Hasilnya memang memberangsangkan kerana pelanggan kami gembira dengan perkhidmatan yang mereka terima.

"Justeru, saya berharap semua pemandu teksi yang ada boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk jaminan pendapatan yang lebih tinggi," ujar Pengerusi Comfort Communication Sdn. Bhd. (Comfort Taxi) itu.

Syarikat, persatuan dan koperasi teksi utama selain Comfort Taxi, sudah pun dalam proses menguji sistem MyTeksi. Buat permulaan, perkhidmatan ini hanya boleh didapati di sekitar Lembah Klang. Namun, ia akan dikembangkan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Dalam pada itu, Ketua Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah melahirkan rasa bangga kerana menjadi rakan teknologi bagi usaha terbaharu membangunkan aplikasi MyTeksi.

"Saya percaya, MyTeksi berpotensi meningkatkan pengalaman pengguna teksi di Malaysia. Kami telah melibatkan diri sejak di peringkat awal dengan menyediakan pelbagai khidmat rundingan teknikal dan teknologi.

"Antaranya seperti konsep perniagaan, pembangunan teknologi, percubaan awal pasaran dan seterusnya penggunaan perkhidmatan MyTeksi.

"Pelancaran ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk bekerjasama dengan pembekal dan pelanggan perniagaan kami bagi membangunkan perniagaan yang inovatif serta relevan dengan pasaran Malaysia," jelasnya.

Majlis pelancaran MyTeksi itu dirasmikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

- KOSMO!

Senin, 25 Juni 2012

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Johor - Jun 2012

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Johor - Jun 2012

JAWATAN:
- PEGAWAI TADBIR N41

IKLAN JAWATAN:
http://spaj.johordt.gov.my/pdf/Iklan%20JCS%20N41.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://spaj.johordt.gov.my/v1/

TARIKH TUTUP : 13 Julai 2012
Jawatan Kosong di Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Selangor - Jun 2012

Jawatan Kosong di Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Selangor - Jun 2012

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
3. JURUUKUR BAHAN
4. PEGAWAI PENILAIAN
5. PENOLONG PEGAWAI TANAH

IKLAN JAWATAN DAN BORANG PERMOHONAN:
http://ptg.selangor.gov.my/dmdocuments/JAWATAN%20KOSONG%20PTGS%202012-1.pdf

TARIKH TUTUP : 6 Julai 2012
Jawatan Kosong di Yayasan Kebajikan Negara (YKN) - Jun 2012

Jawatan Kosong di Yayasan Kebajikan Negara (YKN) - Jun 2012

JAWATAN:
1. Pegawai Eksekutif Gred 41
2. Penolong Pegawai Eksekutif Gred 27
3. Penyelia Anjung Singgah Gred 17
4. Pembantu Penyelia Anjung Singgah Gred 1
5. Pemandu Gred 3

IKLAN JAWATAN:
http://www.ykn.gov.my/jawatankosong.htm

BORANG PERMOHONAN:
http://www.ykn.gov.my/BPJK2012.pdf

TARIKH TUTUP : 12 Julai 2012
Jawatan Kosong di UiTM Melaka - Jun 2012

Jawatan Kosong di UiTM Melaka - Jun 2012

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
2. JURURAWAT MASYARAKATU19
3. PEMBANTU PERPUSTAKAAN
4. PENGAWAL KESELAMATAN

IKLAN JAWATAN:
http://melaka.uitm.edu.my/images/stories/iklanjawatan/jawatantetap.pdf

BORANG PERMOHONAN:
http://melaka.uitm.edu.my/images/stories/iklanjawatan/borangjawatan.pdf

TARIKH TUTUP : 2 Julai 2012
Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawak - Jun 2012

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawak - Jun 2012

JAWATAN:
1. Pemandu Kenderaan Bermotor R3
2. Pekerja Awam Khas R3
3. Pekerja Awam (Tukang Kebun) R1
4. Pekerja Awam R1
5. Pekerja Awam (Drebar Enjin Motor Sangkut) R1
6. Pekerja Awam (Pembersih Pejabat) R1
7. Pekerja Awam (Buruh) R1
8. Pekerja Awam (Penjaga Pintu Tali Air) R1
9. Pekerja Awam (Penarik Rantai) R1
10. Pembantu Kesihatan Awam, U11
11. Pengawal Keselamatan KP11
12. Pembantu Am Rendah (Atendan Pejabat) N1
13. Pembantu Am Rendah (Penghantar Saman) N1
14. Pembantu Am Rendah N1
15. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41

IKLAN JAWATAN DAN BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://erecruitment.sarawak.gov.my/eRecruitment3_public/AnnualPostView_Browse.jsp

TARIKH TUTUP : 29 Jun 2012
Jawatan Kosong di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) - Jun 2012

Jawatan Kosong di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) - Jun 2012

JAWATAN:
1. Pegawai Teknologi Maklumat F41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
3. Pembantu Penyelidik – Diet
4. Pembantu Penyelidik – Teknologi Maklumat
5. Pembantu Penyelidik

IKLAN JAWATAN:
http://mycohort.gov.my/web/vacancies.html

BORANG PERMOHONAN:
http://mycohort.gov.my/web/files/borang%20permohonan%20jawatan%20cohort%202012.pdf

TARIKH TUTUP : 29 Jun 2012
Jawatan Kosong di Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.Malaysia) - Jun 2012

Jawatan Kosong di Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.Malaysia) - Jun 2012

JAWATAN:
1. Penolong Pengurus (Undang-undang) Gred 8 (Gred setara L41)
2. Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 11 (Gred setara F29)
3. Pegawai Eksekutif Gred 11 (Gred setara E27)
4. Pembantu Eksekutif Gred 13 (Gred setara E17)

IKLAN JAWATAN:
http://www.smecorp.gov.my/v4/sites/default/files/Iklan%20Jawatan%20Kosong%20SME%20Corp.%20Malaysia_Jun%202012.doc

BORANG PERMOHONAN:
http://www.smecorp.gov.my/v4/sites/default/files/Borang%20SME%20Corp%20%28kosong%29.doc

TARIKH TUTUP : 29 Jun 2012

Morsi Presiden baru Mesir



KAHERAH - Calon pegerakan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi diisytihar Presiden negara demokratik Mesir yang pertama oleh jawatankuasa pilihan raya semalam selepas beliau menewaskan bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi pada pusingan kedua pilihan raya Presiden yang berlangsung minggu lalu.

"Pemenang pilihan raya Presiden Mesir pada 16 dan 17 Jun ialah Mohamed Morsi Eissa Al-Ayat," kata ketua suruhan jaya pilihan raya, Faruq Sultan.

Menurutnya, Morsi memperoleh 13,230,131 undi berbanding 12,347,380 undi yang diperoleh Shafiq.

Sekitar 51.8 peratus daripada lebih 50 juta pengundi berdaftar keluar membuang undi pada pilihan raya tersebut.

Morsi, 60, bakal menggantikan Hosni Mubarak yang digulingkan semasa kebangkitan rakyat Mesir 16 bulan lalu.

Namun, majlis tentera yang memerintah sejak kejatuhan Mubarak telah bertindak mengekang kuasa Presiden Mesir.

Langkah tersebut dilihat akan memaksa Morsi bekerjasama dengan tentera sebelum boleh merombak perlembagaan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, beribu-ribu penyokong Ikhwanul Muslimin yang merupakan kumpulan Islam terbesar dan paling berpengaruh di Mesir membanjiri Dataran Tahrir di sini bagi meraikan kemenangan Morsi.

Mereka bersorak "Tuhan Maha Besar!" sambil mengibarkan bendera Mesir.

"Kemenangan ini merupakan hasil keazaman rakyat Mesir yang mahu suara mereka didengari," kata seorang jurucakap Morsi.

Sementara itu, Shafiq belum mempamerkan sebarang reaksi berhubung kemenangan Morsi.

Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya memberitahu, beliau akan menawarkan diri untuk berkhidmat di bawah pentadbiran Morsi.

Morsi sebelum ini memenangi pusingan pertama pilihan raya Presiden Mesir.

Beliau turut berjanji akan membentuk pentadbiran inklusif yang dapat memuaskan hati pelbagai lapisan masyarakat Mesir termasuk golongan minoriti Kristian di negara berkenaan.

- Agensi

'Janji Ditepati' Tema Hari Kemerdekaan Tahun 2012



'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini Isnin, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan.

Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia.

Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas.

Pada 17 Julai, perdana menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais.

Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun.

Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu.

"Para pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing," katanya.

"Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu," katanya.

- BERNAMA

Agihan ASD pada 2011 sebanyak 6.60 sen seunit



Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Didik (ASD) sebanyak 6.60 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.

Agihan itu lebih tinggi berbanding 6.50 sen seunit pada tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM279.31 juta, peningkatan sebanyak 9.9 peratus berbanding RM254.1 juta yang dibayar tahun lalu.

Sehingga 18 Jun 2012, tabung ASD telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM354.26 juta dengan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM228.58 juta atau 64.5 peratus kepada jumlah pendapatan kasar.

Menurutnya, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM76.03 juta atau 21.5 peratus.

Beliau berkata, sejumlah RM49.65 juta atau 14 peratus diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.

"Agihan pendapatan ini akan dimanfaatkan oleh seramai 358,222 pemegang unit yang melanggan 4.2 bilion unit ASD," katanya ketika mengumumkan agihan unit amanah itu di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Presiden Unit Amanah, Datuk Idris Kechot.

Tambah beliau, pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASD.

Urus niaga ASD akan ditangguhkan mulai 22 Jun hingga 1 Julai 2012 bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan. Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Julai 2012.

Pembayaran pengagihan pendapatan ASD akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan ke dalam akaun para pemegang unit pada 2 Julai 2012.

Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASD menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP masing-masing, kata Ahmad Sarji.

Penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai pertengahan bulan Ogos 2012.

- UTUSAN
Syak wasangka hapus sifat baik mukmin

Syak wasangka hapus sifat baik mukmin

Oleh Ashraf Muslim

PERNAH atau tidak dalam hati kita menaruh perasaan syak wasangka terhadap orang lain tanpa asas kukuh, tetapi hanya disebabkan prasangka yang menguasai hati serta pemikiran, ini penyakit yang berbahaya.

Sebab itu kita diminta sentiasa bersangka baik bagi mengelak wujud situasi atau perasaan negatif yang akhirnya mendorong melakukan perkara melanggar ajaran agama.

Apabila hati dan pemikiran sudah dikuasai perasaan syak, akan wujud rasa tidak puas hati atau hendak marah dengan pihak lain boleh jadi ahli keluarga, pasangan kita, rakan dan teman sepejabat.

Selalunya apabila fikiran asyik memikirkan perkara negatif, inilah masa sangat disukai syaitan untuk menyucuk dan mengajak kita berfikir lebih jauh atau lebih buruk lagi mengenai orang itu.

Pelbagai skrip dimasukkan dalam pemikiran kita supaya perasaan syak wasangka itu terus menghantui diri dan hati, maka ketika itu timbul pula rasa ingin membalas dendam terhadap perbuatan disangkakan dilakukan orang itu.

Seperti isteri berprasangka buruk terhadap suami, jadi untuk memastikan perkara disyaki itu tidak berlaku, isteri perlu mengambil langkah awal dengan melakukan sesuatu.

Apabila isteri menyangkakan suami mempunyai hubungan dengan wanita lain, sebagai langkah pencegahan dia mengamalkan ilmu penunduk untuk menghalang suami menaruh hati kepada wanita lain.

Sedangkan, suami tidak pernah memikirkan perkara itu, tetapi disebabkan sifat prasangka isteri, suami menjadi mangsa. Bagi yang menyedarinya, mereka boleh berusaha untuk merawat penyakit didatangkan itu, tetapi jika tidak tahu, suami akan terus dikawal isteri.

Begitu juga dengan ibu bapa yang suka beranggapan negatif terhadap anak mereka. Ada kala ia dilakukan untuk menunjukkan kuasa atau hak ibu bapa terhadap anak. Ada juga disebabkan perasaan curiga terhadap kejujuran anak.

Ada kala puas anak cuba meyakinkan ibu bapa, tetapi tetap dituduh sebaliknya. Alangkah kecewanya anak kerana tidak mendapat kepercayaan ibu bapa. Sebagai jalan akhir, sebab ibu bapa mengatakan dirinya jahat, anak betul-betul menjadi jahat.

Sepatutnya ibu bapa yang menaruh prasangka terhadap anak, jika tidak puas hati, lakukan siasatan. Jangan menuduh membuta tuli. Mana tahu anak yang disangka melepak tidak tentu hala sebenarnya berkumpul dengan rakan untuk mengulang kaji pelajaran.

Ada kala disebabkan hasutan orang yang bercerita negatif mengenai seseorang menyebabkan kita juga mempunyai prasangka sedangkan kita sebenarnya tidak mengenali hati budi orang itu. Hanya berdasarkan cerita disampaikan, kita terus menaruh wasangka.

Alangkah ruginya jika orang yang disangka negatif itu sebenarnya seorang yang baik, tetapi hanya kerana ada yang tidak menyukainya dan melemparkan dakwaan palsu, kita juga terpengaruh.

Justeru, cuba elakkan perasaan syak wasangka atau suka berprasangka sebaliknya sentiasa berpandangan positif dan bersangka baik dengan orang lain.

Lebih-lebih lagi sebagai hamba Allah SWT kita perlu bersangka baik dengan Allah SWT kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Jangan kerana kita diuji dengan kesusahan, kita menyangkakan Allah SWT tidak menyayangi kita.

Daripada Anas katanya, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi seseorang hamba-Nya, disegerakan bagi hamba itu balasan ketika di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hamba-Nya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya pada hari kiamat.

Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan siapa yang tidak reda maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Prasangka antara penyakit hati yang bahaya kerana boleh mewujudkan permusuhan, memutuskan silaturahim, menyemarakkan hasad dengki dan memecahbelahkan umat Islam. Oleh itu, hendaklah kita menjauhi penyakit syak wasangka ini.

Tidak rugi jika kita sentiasa bersangka baik kerana sekurang-kurangnya ia dapat mengelak daripada dijangkiti pelbagai penyakit hati. Bagaimanapun, perlu juga berhati-hati kerana takut ada yang mengambil kesempatan terhadap sifat baik kita.

- BERITA HARIAN

Minggu, 24 Juni 2012

Keputusan Suku Akhir EURO 2012 : England 0 Itali 0 (Penalti : England 2 Itali 4) Itali mara ke Separuh Akhir



ITALI yang memulakan permainan dengan agak perlahan berjaya layak ke separuh akhir menerusi tendangan penalti, sekali gus sekali lagi mengesahkan badi suku akhir England dalam kejohanan antarabangsa.

Perlawanan kedua-dua pasukan ini, yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev untuk menguasai tiket terakhir ke peringkat separuh akhir, terpaksa dilanjutkan sehingga peringkat sepakan penalti selepas permainan selama 120 minit tidak membawa sebarang gol - perkembangan yang agak mengecewakan peminat masing-masing.

Kedua-dua pasukan meneruskan saingan pada masa tambahan 30 minit tetapi terikat tanpa gol. Ia membawa kepada penentuan menerusi penalti.

Di peringkat sepakan penalti, Itali menyempurnakan empat peluang berbanding England hanya dua.

Terdahulu, England turun gelanggang tanpa melakukan sebarang perubahan dalam barisan pemainya. Itali yang berjersi biru memulakan sepakan. England turun dengan jersi putih.

Di peringkat awal perlawanan, England menguasai sebahagian besar permainan - pada paras 60-40%, tetapi di akhir-akhir babak pertama, Itali lebih banyak menguasai permainan.

Itali melepaskan 31 tendangan ke arah gawang England berbanding lapan yang disempurnakan oleh Three Lions.

Statistik di akhir permainan, 132 minit, menunjukan Itali menguasai 63 peratus permainan berbanding 37 peratus oleh England.

England, yang menjadi pilihan ramai, mengekalkan Danny Welbeck sebagai gandingan Wayne Rooney, bintang MU yang membawa jaringan kemenangan dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan minggu lalu.

England membawa masuk Theo Walcott dan Andy Carroll, masing-masing menggantikan Milner dan Welbeck pada minit ke-60 dan 61.

Dengan kemenangan ini, Itali akan bertemu Jerman di separuh akhir hujung minggu ini. Dua pasukan lain yang layak ke separuh akhir ialah Sepanyol dan Portugal.

Dalam 22 pertemuan sebelum ini, Itali telah menang sembilan kali manakala England pula tujuh dan enam berakhir dengan seri.

Melihat pada sejarah, Azzurri mempunyai kelebihan kerana pasukan itu hanya kalah sekali kepada Three Lions dalam 35 tahun lalu - 2-0 pada 1997. Itali telah menang dalam dua pertemuan utama menentang England.



Statistik perlawanan (120 minit):

- Kedudukan gol: (0) England; (0) Itali

- Penguasaan bola: 37% (England); 63 (Itali)

- Sasaran ke gawang: 8 (England); 31 (Itali)

- Sepakan penjuru: (3) England; (7) Itali

- Kad kuning/merah: (0) England; (1, Barzagli dan Manggio) Itali



Sebelasan utama England:
01 Hart
02 Johnson
03 Cole
06 Terry
15 Lescott
04 Gerrard
11 Young
16 Milner
17 Parker
10 Rooney
22 Welbeck

Sebelasan utama Itali:

01 Buffon
06 Balzaretti
07 Abate
15 Barzagli
19 Bonucci
08 Marchisio
16 De Rossi
18 Montolivo
21 Pirlo
09 Balotelli
10 Cassano

- SINAR HARIAN

Pengambilan Polis PDRM - Tidak Mudah Mengambil & Melahirkan Anggota Polis



Pengambilan Polis PDRM - Tidak Mudah Mengambil & Melahirkan Anggota Polis

SEKILAS pandang, terdetik dalam hati bergayanya penampilan anggota polis yang lengkap berpakaian seragam.

Namun pernahkah terlintas dalam pemikiran kita akan dugaan yang harus ditempuhi sebelum diisytiharkan layak mengenakan pakaian seragam biru tua itu?

Sebelum seseorang itu berhasrat menjadi anggota polis, mereka seharusnya memenuhi kelayakan akademik - sekurang-kurangnya SPM bagi konstabel, STPM/Diploma bagi inspektor dan ijazah pertama bagi penolong penguasa polis (ASP) Kemudian mereka perlu memenuhi syarat-syarat fizikal yang ditetapkan iaitu ketinggian sekurang-kurangnya 165 cm dan berat badan minimum 47.6 kg bagi calon lelaki dan 160 cm dan 46.2 bagi wanita.

Berat badan perlu sesuai dengan ketinggian supaya mereka barulah tampak lebih segak dan tegap.

Selain itu calon lelaki mestilah mempunyai ukuran dada sekurang-kurangnya 81 cm dan 86 cm apabila semasa menarik nafas selain mempunyai penglihatan jelas tanpa cermin mata, tidak rabun warna serta tiada kecacatan pendengaran selain diperakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dalam pelbagai aspek.

FASA LATIHAN

Setelah kesemua syarat fizikal serta akademik dipenuhi, calon-calon akan menempuhi satu lagi cabaran dan rintangan selama enam bulan bagi jawatan konstabel dan sembilan bulan untuk jawatan inspektor di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) bagi melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran kepolisan.

Komandan Pulapol Kuala Lumpur SAC Zulkifli Mohamad berkata tempoh latihan di Pulapol akan membolehkan mereka menjalani transformasi fizikal dan mental untuk menjadi anggota polis.

“Dua atau tiga bulan pertama mereka akan didedahkan dengan bentuk-bentuk latihan polis yang mencabar termasuk senaman.

“Tujuan latihan sebegitu adalah untuk mendisiplinkan serta mendidik sebagai persiapan bagi memikul tugas polis,” katanya.

Beliau berkata fasa kedua adalah proses memberi pendedahan ilmu dan pengetahuan dalam semua bidang kepolisan.

“Kita akan memberikan latihan yang menumpukan pada konsep ‘Security and Safety’,” katanya dan menambahkata mereka juga dilatih untuk memberikan bantuan perubatan sementara menanti kedatangan ambulans.

Tambahnya bagi fasa ketiga pula calon-calon sekadar dipantau akan penguasaan mereka terhadap segala latihan yang mereka telah lalui pada fasa pertama dan kedua. Zulkifli berkata latihan fasa pertama adalah peringkat yang paling sukar kerana ia menguji kekuatan mental dan kesediaan mereka menurut perintah kepimpinan

“Contohnya mereka akan dikejutkan semasa tidur untuk melakukan apa-apa tugasan tanpa sebarang bantahan dan ia dilakukan mengikut keperluan,” katanya.

Pada masa depan, katanya, sebuah pusat latihan simulasi yang baru siap akan membantu meningkatkan latihan mereka bagi melaksanakan dengan berkesan segala tugasan kepolisan.

MENDEDAHKAN KEPADA KERJA SEBENAR POLIS

Dalam fasa terakhir latihan, mereka akan didedahkan kepada tugasan sebenar anggota polis.

“Mereka akan dihantar ke luar daerah... sebagai contoh konstabel akan ditugaskan mengawal sekatan jalan raya. Mungkin semasa sekatan itu mereka akan menahan anggota polis yang menyamar sebagai penjenayah, atau mereka yang berkelakuan biadap atau menghulurkan rasuah.

“Dari situ kita dapat menilai kejujuran pelatih itu serta kemampuan mereka dalam menangani kerenah orang awam dengan sabar.

Beliau berkata bagi pelatih inspektor, mereka akan terbabit dalam latihan ‘Investigating game’, dengan pelatih sebagai contoh diarahkan membuka kertas siasatan berhubung jenayah seperti pelacuran dengan adaindidvidu tertentu yang cuba memberi rasuah.

“Selepas ini kita akan cuba mencari kaedah lain untuk menilai integriti pelatih polis dan bagaimana ciri mulia ini diterapkan dari peringkat akar umbi,” katanya. POLIS

BERINTEGRITI

Zulkifli yang memegang tampuk Komandan sejak dua tahun yang lepas menyimpan hasrat untuk melihat anak didiknya di Pulapol menjadi anggota polis yang berintegriti.

“Berintegriti maksudnya bakal polis ini harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan contohnya bila berhadapan dengan penjenayah dan orang awam selain mereka harus nampak segak di luaran dan mulia daripada segi dalaman,” katanya.

“Mereka harus dilihat sebagai anggota yang berintegriti apabila mula bertugas kerana mereka adalah barisan hadapan penjaga keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Bagaimanapun, untuk melahirkan seseorang yang berintegriti pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh jurulatih polis.

Para jurulatih ini perlu mengubah pelatih-pelatih daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa dan pendidikan kepada anggota polis yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

“Dalam tempoh latihan mungkin akan berjaya mengubah sikap mereka kerana adanya pantauan namun apabila sudah tamat latihan mereka akan balik ke sikap asal kerana tiada pantauan lanjut,” katanya. Seterusnya beliau berkata apabila tamat latihan, anggota polis yang berpengalaman harus memainkan peranan memantau sikap anggota baru ini.

“Selepas tamat berkursus mereka telah memasuki alam pekerjaan, kelakuan harus dijaga supaya masyarakat tidak hilang hormat kepada mereka,” katanya.

PENGALAMAN BEKAS PELATIH

Seorang konstabel polis yang kini berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Muhd Azuan Azzeham, berkata latihan di Pulapol cukup mencabar namun diharungi untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang anggota polis.

“Dalam lima bulan pertama kami menjalani latihan jasmani, kawad dan menembak... bagi latihan jasmani sebagai contoh kami kena menepati had masa yang telah ditetapkan,” ujar anak sulong dari dua beradik itu.

Azuan, yang bapanya seorang sarjan polis yang telah bersara, berkata sebagai latihan intensif perlu untuk melahirkan anggota polis yang berdisiplin.

- BERNAMA

Pengambilan Polis Di Raja Malaysia - PDRM Tahun 2012
http://myadha.blogspot.com/2012/03/pengambilan-polis-diraja-malaysia-pdrm.html
Kempen kesedaran kanser serviks

Kempen kesedaran kanser serviks

ANDA mungkin boleh menyediakan semangkuk mi segera dalam masa empat minit. Tetapi, sedarkah anda dalam tempoh sesingkat itu juga nyawa seseorang wanita di rantau Asia Pasifik akan melayang? Semuanya bahana kanser pangkal rahim yang meragut sejumlah 143,000 nyawa setiap tahun.

Dalam konteks dunia, sekurang-kurangnya 270,000 kematian ekoran kanser serviks dilaporkan setahun dengan sekitar 80 peratus berlaku di negara-negara membangun. Hanya 41 peratus daripada wanita negara membangun berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup.

Kanser serviks merupakan kanser ketiga paling kerap menyerang wanita di Malaysia . Di seluruh dunia, ia kanser kedua paling kerap menyerang wanita dan mengambil nyawa seorang wanita setiap dua minit. Kanser serviks disebabkan jangkitan berterusan daripada virus biasa yang berjangkit iaitu Human Papillomavirus (HPV). Pelalian berserta pap smear boleh mengurangkan risiko kanser serviks.

Justeru, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bersama-sama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini menjadi hos Perlumbaan Go-Kart untuk Kebajikan - Power Over Cervical Cancer yang julung kali diadakan dan dihadiri lebih 120 orang.

MenyebarkanDisasarkan untuk menggalakkan semua teman baik (BFF) menyebarkan mesej berkenaan kanser serviks untuk mencegah penyakit tersebut, acara ini juga suatu inisiatif di bawah Kempen BFFs Break the Silence, fasa ketiga bagi POCC, sebuah inisiatif kesihatan masyarakat oleh NCSM dan disokong GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK).

Aktiviti ini adalah suatu inisiatif untuk menyemarakkan tema kempen ini - memandu go-kart, setelah anda berjaya mengawal pemanduan, anda sebenarnya berjaya merasai kuasa untuk melakukan kawalan.

Semasa perlumbaan go-kart berlangsung, pengunjung yang tidak terlibat dengan perlumbaan menyertai aktiviti lain di trek termasuklah kereta lumba kawalan jauh serta merakam video atau gambar mereka dengan BFF, sebagai tanda sokongan untuk melindungi.

NCSM turut menyediakan tapak pameran untuk sesiapa yang berminat mendapatkan maklumat lanjut tentang kanser serviks. Soal Selidik Risiko Kanser Serviks turut diadakan untuk menilai risiko seseorang mendapat penyakit tersebut dan telah disediakan untuk pengunjung pameran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat tentang kanser serviks melalui laman web POCC www.pocc.com.my, laman Facebook POCC (POCC Malaysia) dan talian 1-800-22-POCC (7622).

Surface - Tablet terkini Microsoft



SELEPAS beberapa syarikat pengeluar komputer dan elektronik mengeluarkan komputer tablet, kini tiba giliran Microsoft yang terkenal dengan perisian Windows, memiliki tabletnya sendiri.

Walaupun Windows memperkenalkan tablet Surface Microsoft dalam satu majlis di Los Angeles baru-baru ini, ramai yang membuat spekulasi atau pertanyaan seperti harga, bila mula dijual dan penyambungan.

Bagaimanapun, Microsoft hanya membiarkan banyak soalan tidak terjawab selepas Apple melibatkan diri ke dalam perniagaan perkakasan tablet Surface baru berasaskan Window 8.

Mungkin untuk memberikan kejutan kepada pengguna, Microsoft berkata, tablet Surface baru yang dimaksudkan sebagai perkakasan sahabat bagi Windows 8 - pembaikpulihan open space (OS) yang paling dramatik sejak Windows 95.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Ballmer berkata, pihaknya mahu memberi Windows 8 satu sahabat inovasi bagi perkakasan mereka sendiri. "Windows 8 dijangka boleh didapati pada musim luruh akan datang," katanya.

Jenama Surface pada asalnya digunakan untuk skrin sentuh komputer meja Microsoft yang dilancarkan pada 2007.

Melihat pada spesifikasinya, peranti baru ini nampaknya mempunyai harapan dan tanggapan awal yang positif. Tablet ini datang dengan paparan skrin 10,6-inci dan papan kekunci sangat nipis yang melekat pada peranti ini dengan magnet.

Terdapat dua jenis model Surface, pertama dengan Windows PC dan kedua Surface Pro dengan Windows 8 Pro.

Windows PC adalah versi Windows 8 direka untuk pemproses ARM; ia termasuk mesra sentuhan dengan antara muka Metro, serta versi terhad desktop tradisional Windows untuk fungsi Internet Explorer dan Microsoft Office.

Tablet Surface dengan Windows PC akan termasuk port slot mikro, USB 2.0 dan Mikro HD. Berat peranti berkenaan kira-kira 1.5 paun dan tebalnya 0.36 inci. Microsoft tidak menyebut mengenai pemprosesan tetapi memberitahu tablet akan datang dengan penyimpanan pilihan anda 32GB atau 64GB.

Tablet Microsoft Surface Pro berasaskan Intel dengan akses kepada Metro UI bagi fungsi penuh Windows desktop dan ditawarkan dengan versi 64GB dan 128GB.

Tablet akan mempunyai slot kad microSDXC, port USB 3.0 dan Mini Display Port. Pro Surface mempunyai berat di bawah dua paun dengan tebal hanya setengah inci.

Itulah apa yang kita tahu tentang Surface tetapi terdapat juga beberapa soalan menarik untuk ditanya kepada Microsoft.

HargaMicrosoft hanya mempunyai sedikit butiran mengenai harga tablet Surface baru. Surface Pro dijangka akan berharga sama dengan PC Ultrabook yang berdaya saing.

Mari andaikan bahawa tablet setanding untuk versi Windows RT, bermakna pemimpin pasaran seperti iPad Apple, jadi model Surface mesti berharga sekitar AS$600 bagi versi 32GB dan AS$700 bagi model 64GB.

Berapa harga peranti Surface Pro sebenarnya jika Microsoft mahu bersaing dengan PC Ultrabook?

Apabila Intel memperkenalkan komputer riba pada musim bunga 2011, ia sepatutnya berharga di bawah AS$1,000. Tetapi ia hanya menjadi realiti dengan Ultrabooks generasi kedua.

Peranti seperti Lenovo U310 dan 410 berharga antara AS$750 dan AS$800, manakala Vizio yang melancarkan beberapa Ultrabook bermula dengan harga AS$800.

Adakah harga Surface akan kurang AS$1,000 atau Microsoft mengikut jejak Samsung bagi Series 9 yang berharga AS1,400 hingga AS$1,500 atau Asus Zenbook Prime UX31A dengan harga AS$$1,100??

Bila dipasarkanVersi Surface RT Windows dijangka berada di pasaran semasa pelancaran Windows 8 pada musim luruh, sekitar Oktober depan.

Surface Pro dijadual dipasarkan kira-kira tiga bulan kemudian, bermakna pada awal 2013.

Microsoft dan Pen DigitalMicrosof tidak teragak-agak bersetuju dengan tablet warisannya yang akan menggunakan fungsi pen digital dengan Surface Pro.

Sambungan 3G atau 4GMicrosoft tidak menyatakan sama ada peranti Surface baru akan termasuk data mudah alih. Mungkin Microsoft tidak mahu membincangkan isu berkenaan semasa ia sedang berusaha membangunkan perkongsian tablet baru. Hanya peranti Wi-Fi adalah baik, tetapi orang ramai - terutama mereka yang melihat Suface Pro untuk bekerja - akan mahu pilihan peranti berharga lebih tinggi yang datang dengan sambungan 3G/4G.

Surface memenuhi janji iPad AppleApabila pengkritik teknologi meramal masa iPad, ramai menjangka ia akan menggantikan komputer peribadi di rumah.

Dalam beberapa situasi, pengguna telah menggunakannya untuk melayari Internet, menghantar atau menerima e-mel, rangkaian sosial dan menonton video.

Terdapat juga beberapa profesional yang menggunakan iPad selain sebuah komputer riba di tempat kerja, termasuk pengaturcara, wartawan dan pemilik perniagaan kecil.

Walaupun iPad menjadi pilihan popular, ramai yang masih menggunakan komputer riba mereka.

Mungkinkah Surface bakal mengubahnya kerana ia menawarkan apa yang tidak dimiliki oleh iPad. Ini benar bagi Surface Pro. Ia adalah komputer rumah Windows dengan papan kekunci tablet yang direka khusus untuk menaip.

Ini bermakna pengguna boleh mengambil semua program yang anda gunakan dan letakkannya pada satu saiz tablet.

Malah versi kemasukan tahap Surface yang menjalankan PC Windows menawarkan antara muka desktop yang lebih akrab (walaupun dengan kefungsian terhad) bagi mereka yang mahu desktop asas.

Apa yang hilangBerdasarkan kenyataan Microsoft, mungkin Surface kehilangan harga mesra pengguna AS$500 yang muncul untuk menjadi nombor ajaib bagi orang ramai untuk membeli iPads, dan tablet.

Harga lebih daripada itu gagal menarik pengguna seperti RIM BlackBerry, PlayBook dan HTC Jetstream.

Mungkinkah Microsoft akan memenuhi permintaan pelanggan dengan harga AS$500 dengan versi 32GB seperti Asus Eee Pad Transformer Prime TF201, tetapi kita tidak akan tahu pasti sehingga tablet Surface Windows berada di kedai.

Microsoft berada di permulaan yang baik dengan Surface, tetapi pengguna perlu menunggu beberapa bulan lagi untuk mengetahui jika Microsoft memenuhi jangkaan pengguna.

- MINGGUAN MALAYSIA
10 pemain bola sepak popular EURO

10 pemain bola sepak popular EURO

SELEPAS Sukan Olimpik dan Piala Dunia, peminat sukan di seluruh dunia terutama bola sepak cukup menantikan kemunculan empat tahun sekali Kejohanan Bola Sepak Euro.

Tahun ini, Euro 2012 berlangsung di Poland dan Ukraine dengan nilai keseluruhan RM968 juta (£196 juta). Dengan kos sebesar itu, kejohanan kali ini dikatakan antara yang termahal pernah dianjurkan iaitu RM12 juta melebihi kos pada 2008.

Kejohanan kali ini menyaksikan 16 pasukan negara Eropah bertanding dengan 31 perlawanan berlangsung di lapan stadium masing-masing empat stadium di Poland dan Ukraine.

Menurut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), tujuh daripada 10 pasukan bola sepak utama dunia bertanding dalam kejohanan kali ini. Manakala hanya dua pasukan mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam senarai ranking 30 dengan Poland berada di tangga ke-65.

Kejohanan kali ke-14 ini sejak dianjurkan di Jerman pada 1960, menyaksikan pemenang menerima RM37 juta (£7.5 juta) manakala setiap pasukan menerima RM39.5 juta (£8 juta); juara kumpulan menerima RM9.8 juta (£2 juta) dan pasukan layak ke separuh akhir mendapat RM14.8 juta (£3 juta).

Selain tawaran hadiah menarik - aksi, ketangkasan, kelincahan serta jaringan gol akan menjadi tajuk cerita hampir sebulan kejohanan itu berlangsung. Turut mendapat perhatian adalah gelagat dan kemunculan bintang bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) serta nama besar dalam sukan bola sepak dunia.
Antara nama yang mendapat perhatian ramai tentulah kemunculan bintang kelab Real Madrid, Cristiano Ronaldo selain bintang Manchester United dan penyerang England, Wayne Rooney.

Bintang bola sepak itu bukan hanya popular kerana kelincahan dan kehebatan di padang, tetapi turut disenaraikan sebagai pemain yang menerima bayaran paling tinggi sukan bola sepak dunia.

Minggu ini, sempena deman Euro 2012, RONA menyenaraikan pemain Euro 2012 yang menerima bayaran paling tinggi selain beberapa bintang yang amat dinantikan kemunculannya pada kejohanan kali ini.

1. Cristiano Ronaldo - RM116 juta (29.2 juta Euro)

Kemunculannya memang dinantikan peminat bola sepak antarabangsa kerana kelincahan dan kehebatannya di padang. Pada masa sama, Ronaldo juga bertuah dikurniakan wajah kacak menjadi kegilaan ramai terutama wanita dan gadis remaja.

Bintang Portugal yang mewakili Real Madrid ini dibayar RM39.7 juta (29.2 juta Euro) termasuk bayaran gaji, bonus, penajaan dan duta produk. Selain itu, beliau mempunyai lebih 8.4 juta pengikut di laman sosial Twitter and 42.2 juta peminat di Facebook serta disenaraikan sebagai ahli sukan paling aktif di laman sosial.

Populariti Ronaldo membolehkan beliau dipilih syarikat antarabangsa menjadi duta produk dengan nilai tajaan RM83.4 juta (21 juta Euro) diterima daripada penaja seperti Nike, Castrol, dan Pro Evolution Soccer Konami.

Dengan prestasi membanggakan di padang melayakkan beliau mendapat gaji dan bonus termasuk saham 50-50 serta hak imej. Penyerang Real Madrid itu berjaya menjaringkan 100 gol dalam 90 permainan dalam La Liga sejak berpindah ke kelab berkenaan.

2. Wayne Rooney - RM81.8 juta (20.6 juta Euro)

Di sebalik kontroversi yang melanda dirinya termasuk digantung dua perlawanan kerana menendang pemain Montegnegro ketika perlawanan peringkat kelayakan pada Oktober 2011, dituduh melanggan pelacur pada 2010 ketika isterinya hamil serta menggugut penyokong pasukan lawan dalam Twitter, Rooney masih mampu bertahan dan menerima bayaran tinggi dalam kariernya.

Pemain berusia 26 tahun ini terus dipilih menjadi duta produk dan mendapat penajaan daripada NIKE dan EA Sports. Malah penyerang England ini kekal dibayar tinggi melalui penyambungan kontrak dengan kelab Manchester United pada 2010.

3. Fernando Torres - RM66.3 juta (16.7 juta Euro)

Pemain dari Sepanyol ini dikatakan dibayar 16.7 juta Euro setahun. Dikenali sebagai penyerang untuk Chelsea dan negara kelahirannya, Sepanyol. Malah, beliau diiktiraf sebagai penyerang bertaraf dunia yang sangat licik, kuat, mengagumkan, kepakaran dan tenang ketika berada di hadapan pintu gol.

Torres berpindah ke Chelsea Januari tahun lalu selepas menyertai Atlético Madrid dan Liverpool. Malah perpindahannya bernilai RM240.4 juta (€60.5 juta) untuk kontrak lima setengah tahun, melonjakkan namanya dalam senarai pemain bola sepak yang dibayar paling mahal di Eropah dan pemain Sepanyol yang paling mahal dalam sejarah.

Walaupun tidak menjaringkan banyak gol untuk kelab barunya, peminatnya masih percaya bahawa Torres akan membuktikan dirinya sekali lagi.

4. Philips Lahm - RM56.84 juta (14.3 juta Euro)

Dalam senarai pemain bola sepak termahal dunia, Lahm berada dalam kedudukan tangga ke-10 dengan pendapatan RM56.84 (14.3 juta Euro). Dilahirkan pada 11 November 1983, pemain berusia 29 tahun ini memulakan karier seawal usia 11 tahun dan kini diiktiraf sebagai antara pemain pertahanan terbaik dunia.

Pemain berkaki kanan selalunya bermain sebagai sayap kiri-belakang. Dengan kelincahannya menggelecek bola dan berkebolehan membuat tendang yang tepat menjadikannya pencetus yang sering membantu mewujudkan peluang gol untuk rakan sepasukan.

Pemain Bayern Munich ini menjaringkan gol pembukaan Piala Dunia FIFA 2006, ditambah dengan rambut kerinting yang nampak agak pelik itu menyebabkan Lahm sentiasa diingati peminat sehingga hari ini dan kemunculannya memang dinanti penyokong Jerman.

5. Zlatan Ibrahimovic - RM55.6 juta (14 juta Euro)

Dilahirkan pada 3 Oktober 1981, pemain profesional Sweden keturunan Bosnia dan Croatia ini bermain sebagai penyerang untuk AC Milan dan berkhidmat sebagai kapten pasukan kebangsaan Sweden.

Pada bulan Ogos 2010, beliau berpindah dari Barcelona ke AC Milan atas pinjaman untuk musim 2010-11, dengan Milan membayar semua pendapatan beliau. Perjanjian itu juga sebagai satu syarat pembelian Ibrahimovic dengan nilai RM 95.3 (24 juta Euro) pada akhir musim ini. Beliau banyak memenangi anugerah antaranya Guldbollen (2005, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011), dan Series Pemain of the Year (2008, 2009 dan 2011).

Ibrahimovic menghargai impian ‘memenangi segala-galanya dengan Milan’ dan membantu Milan memenangi Siri A 2010-11 dan Supercoppa Italiana 2011. Sering dikritik dan disamakan dengan kehebatan Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak setinggi 195 sentimeter (sm) ini diiktiraf pemain yang mempunyai teknik hebat, berkemahiran dan mengagumkan ketika membuat jaringan seperti seekor kala jengking.

>b?6. Bastian Schweinsteiger - RM55.25 juta (13.9 juta Euro)

Nilai pemain dari Jerman ini dikatakan mencecah RM55.25 (13.9 juta Euro). Dilahirkan pada 1 Ogos 1984, Schweinsteiger kini bermain sebagai pemain tengah untuk Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman.

Memulakan kerjayanya sebagai pemuda berbakat dan berpotensi dalam sukan ski, Schweinsteiger kemudian beralih kepada sukan bola sepak sehingga beliau menjadi tonggak utama dalam kelab dan pasukan kebangsaannya. Kemahirannya menggelecek sangat dikagumi selain tendang tepat menjadikan kehadirannya amat diperlukan untuk kelab dan pasukan di padang, sama ada dalam menyerang atau pertahanan.

Schweinsteiger juga memenangi banyak trofi termasuk lima anugerah Bundesliga, lima anugerah Piala Jerman dan dua anugerah Piala Liga. Pada Disember 2010, beliau melanjutkan kontrak dengan kelab Bayern Munich sehingga 2016.

7. David Silva - RM50.85 juta (12.8 juta Euro)

Pemain tengah Manchester City dan pasukan Sepanyol ini dilaporkan dibayar RM50.85 juta (12.8 juta Euro). Beliau asalnya bermain dengan pasukan Valencia di negaranya sebelum berpindah ke Manchester City pada Jun 2010 dengan nilai perpindahan RM115.2 juta (29 juta Euro).

Digelar sebagai ‘Messi Sepanyol’, Silva, 26 tahun berkebolehan bermain dalam mana-mana posisi dan pernah membantu pasukannya memenangi UEFA Bola Sepak Eropah 2008 dan Piala Dunia FIFA 2010.

8. Steven Gerrard, Liverpool - RM46.4 juta (11.7 juta Euro)

Kemunculan Kapten England pada EURO 2012 ini memang dinanti peminatnya. Beliau yang kini dibayar RM46.4 juta (11.7 juta Euro) bermain dengan Liverpool dan separuh daripada kariernya beliau bermain pada posisi pemain tengah, namun cergas sebagai penyerang kedua mahupun sayap kiri dan kanan.

Gerrard mula bermain untuk pasukan kampung halamannya, Juniors Whiston, dan menandatangani kontrak pertama profesional dengan Liverpool pada 1997. Antara kejayaan beliau adalah membantu pasukannya memenangi dua Piala FA, dua Piala Liga, Piala UEFA dan Liga Juara-Juara UEFA. Gerrard juga kini menjadi duta produk Adidas malah pernah membintangi filem Will dan menjadi pemegang saham restoran milik Liverpool.

Dianggarkan keseluruhan kekayaan pemegang nama, Steven George Gerrard ini mencecah RM148.3 juta (£30 juta) menurut senarai Sunday Times Rich.

9. Franck Ribéry - RM46 juta (11.6 juta Euro)

Pemain Perancis yang mewakili kelab Bayern Munich ini dibayar RM46 juta (11.6 juta Euro). Dilahirkan 7 April 1983 di Perancis, Ribery biasanya bermain di bahagian sayap dan selalunya memilih untuk bermain di sayap kiri. Beliau juga begitu lincah jika diturunkan sebagai pemain tengah dan selalu mencipta peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol.

Pada Jun 2007, Ribéry dipindahkan dari Marseille kepada Bayern Munich dengan bayaran RM99.3 juta (25 juta Euro) untuk kontrak empat tahun. Beliau juga pernah dinamakan Pemain Perancis of the Year pada 2007 dan 2008, dan Pemain Jerman of the Year pada tahun 2008. Lucunya pemain bola sepak ini pernah mendakwa bahawa dia mungkin keturunan Jianwen Maharaja China Dinasti Ming (1368-1644).

10. Robin van Persie, Belanda - RM 35.7 (9 juta Euro)

Pemain bola sepak Belanda, Robin van Persie mempunyai nilai bersih sebanyak $14 juta (£ 9m) Mei 2012, mengikut Senarai Sunday UK Times Kaya. Beliau bermain sebagai penyerang untuk Arsenal dan pasukan kebangsaan Belanda.

Van Persie mempunyai asuhan yang sukar di Rotterdam, beraksi untuk Feyenoord kelab tempatan sebelum menyertai Arsenal pada 2004 pada harga £2.5 juta dengan pendapatan £1.8 juta setahun. Pada 2009 ia meningkat kepada hampir £3.5million selain tawaran but Adidas. Van Persie adalah belia antarabangsa Belanda, mewakili Belanda di bawah pasukan 17, 19 dan 21.

Van Persie membuat kemunculan pertama di padang antarabangsa senior pada 2005.

Pemain yang ingin dilihat pada Euro 2012

KAPTEN Pasukan Ukraine yang juga Kelab Dynamo Kiev, Andriy Shevchenko dikatakan dibayar RM63 juta (16 juta Euro). Shevchenko dilahirkan di Soviet Union dan dikatakan nilai sebenar pemain ini adalah RM143.1 juta (USD$45 juta).

Lebih-lebih lagi dengan penampilannya dalam perlawanan antara Ukraine menentang Sweden baru-baru ini dengan menghadiahkan dua gol, kemungkinan nilai Shevchenko lebih tinggi selepas ini. Pemain Ukraine ini pernah mencatatkan sejarah perpindahan termahal di Eropah iaitu kira-kira RM148.3 juta (£30 juta) dari Chelsea ke AC MILAN. Kini beliau mewakili kelab Dynamo Kyev, tempat mula-mula beliau memulakan kariernya.

Shevchenko pernah memenangi anugerah Ballon D’Or pada 2004 dan menerima Anugerah Bola Emas.

- BERITA MINGGU

Roda Tajwid bantu pelajari al-Quran



PUTRAJAYA: Kesusahan anak muridnya mempelajari hukum tajwid al-Quran mendorong seorang guru, Hashimah Md Yusoff, 40, menghasilkan Roda Tajwid bagi memudahkan proses pembelajaran itu.

Usaha guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2), di sini itu bukan saja terbukti membantu meningkatkan prestasi muridnya, bahkan diiktiraf pada peringkat kebangsaan selepas menjadi naib johan pertandingan Guru Inovatif Kebangsaan 2011 baru-baru ini.

Hashimah yang berasal dari Melaka, berkata idea menghasilkan Roda Tajwid bermula dua tahun lalu selepas mendapati muridnya keliru dengan pelbagai hukum tajwid diajar, selain terpaksa merujuk pelbagai buku untuk memahaminya.

“Saya kemudian mengumpulkan semua sukatan pelajaran hukum tajwid ini dan menyusunnya dalam bentuk roda interaktif yang memudahkan murid menguasainya.

“Ternyata murid saya berminat mempelajarinya kerana ia bersifat ‘play learning’ dan kini, ada daripada mereka mendapat markah dua kali ganda berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui ketika program Jejak Inovasi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Karnival Perpaduan di sini, semalam.

Roda Tajwid adalah alat bantuan mengajar tajwid pertama di Malaysia yang mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran.

Roda Tajwid memerlukan pelajar memusingkan roda kertas bagi memadankan hukum tajwid dengan huruf yang dicari serta warna sepadan untuk mengenal pasti nama hukum dan cara bacaan.

Hashimah berkata, Roda Tajwid akan dibukukan serta dijangka berada dalam pasaran hujung tahun ini, selain dipasarkan ke Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Alhamdulillah, sambutan awal yang saya terima sangat menggalakkan dan saya juga bercadang untuk menghasilkan Roda Tajwid dalam bentuk e-pembelajaran,” katanya.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dalam ucapan perasmian program itu, berkata rakyat perlu membudayakan sikap kreativiti dan inovasi khususnya di kalangan kanak-kanak bagi merealisasikan hasrat kerajaan melahirkan modal insan berkualiti ke arah negara berpendapatan tinggi.

“Pelbagai pengiktirafan disediakan kerajaan untuk memupuk minat golongan muda menghasilkan idea yang menggalakkan inovasi termasuk Anugerah Inovasi Negara dan Perdana Menteri," katanya. Ucapan beliau dibacakan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Mohd Aziph Mustafa.

- BERITA HARIAN
7,975 guru lepasan diploma naik taraf ke gred DG41

7,975 guru lepasan diploma naik taraf ke gred DG41

23 Jun - Seramai 7,975 guru perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPLD) yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah akan dinaik taraf sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPS) gred DG41 tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan perjawatan baru itu kepada guru-guru tersebut pada Mei lalu.

Beliau menjelaskan, golongan itu merupakan sebahagian daripada guru-guru PPLD yang diberi peluang melanjutkan pelajaran secara jarak jauh dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menerusi program pensiswazahan guru.

"Baru-baru ini, timbul isu guru-guru yang telah disiswazahkan belum disahkan perjawatan ke gred DG41 terutama bagi kohort dua, tiga, empat dan lima.

"Kita dan universiti melahirkan guru, tetapi hendak melantik perlukan kelulusan Perbendaharaan (treasury) sebab 'dia' akan bayar gaji dan luluskan perjawatan. Jadi, ini menyebabkan guru yang telah disiswazahkan ini kena menunggu untuk dinaikkan daripada PPLD kepada PPS," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat Parlimen Batu Pahat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa di Senggarang di Batu Pahat.

Difahamkan sehingga kini, seramai 13,558 guru yang sebelum ini mempunyai kelulusan diploma berjaya 'disiswazahkan' menerusi program pensiswazahan tersebut.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang berakhir 2016, Kementerian Pelajaran menyasarkan seramai 66,124 guru lagi akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Katanya, matlamat itu semakin hampir apabila hanya tinggal 2,464 guru belum berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

"Seramai 20,102 orang akan mengikuti program pensiswazahan guru pada September ini sekali gus menjadikan baki sasaran yang belum disiswazahkan sebanyak 32,464 orang.

"Bagaimanapun, daripada jumlah baki tersebut, 30,000 didapati tidak layak kerana berusia lebih 50 tahun justeru hanya tinggal 2,464 lagi yang perlu disiswazahkan," katanya.

Mohd. Puad berkata, sehingga kini, guru berijazah mewakili 98 peratus tenaga pengajar di sekolah menengah manakala di sekolah rendah, 39.8 peratus.

- MINGGUAN MALAYSIA
Kajian - Bunyi enjin jet boleh gugat jantung

Kajian - Bunyi enjin jet boleh gugat jantung

MEREKA yang tinggal di kawasan yang mempunyai kepadatan kenderaan tinggi dan sering mengalami kesesakan lalu lintas bukan sahaja berdepan masalah tekanan akibat bunyi bising, malah berisiko menghidap sakit jantung.

Kajian yang dijalankan di Denmark selama 10 tahun mendapati perkara tersebut meningkatkan risiko sakit jantung sebanyak 12 peratus.

"Kita mungkin menganggap bunyi bising kenderaan sekadar mengganggu tidur. Tetapi apabila pada setiap masa anda terdedah kepada bunyi yang sangat bising, anda sebenarnya secara tidak langsung meningkatkan kandungan hormon stres di dalam badan.

"Ia mempunyai kaitan dengan risiko serangan jantung," kata ketua pengkaji daripada Persatuan Kanser Denmark, Mette Sorenson.

Sorenson dan pengkaji lain bersetuju bahawa terdapat hubung kait yang signifikan antara serangan jantung dan lokasi kediaman di kawasan trafik sesak selepas mengambil kira faktor pencemaran udara.

Dalam pada itu, Sorenson menasihatkan orang ramai agar memilih bilik tidur yang tidak terdedah kepada bunyi bising kenderaan atau elakkan daripada mendiami kawasan seperti itu.

Kajian ke atas 50,000 responden itu disiarkan dalam jurnal PLoS ONE.

- KOSMO!

Top