Jumat, 15 Juni 2012

Keputusan EURO 2012 : Ukraine 0 Perancis 2 (Kumpulan D)



PERANCIS menjaringkan dua gol dalam tempoh tidak sampai lima pada pertemuan separuh masa kedua, dan mengakhiri perlawanan Kumpulan D dengan mengatasi Ukraine 2-0.

Dengan keputusan itu, Perancis kembali menghidupkan peluang untuk ke suku akhir setelah menumpaskan pasukan tuan rumah bersama Ukraine dalam aksi penuh mendebarkan di Stadium Donetsk.

Jaringan menarik Jeremy Menez pada minit ke-52 berhasil menewaskan penjaga gol Ukraine, Andriy Pyatow untuk mendahului 1-0 sebelum disusuli jaringan Yohan Cabaye pada minit ke-57 sekali gus membantu pasukan itu mencipta kemenangan pertama.

Kemenangan itu juga jelas meletakkan Perancis pada landasan yang tepat untuk ke suku akhir dengan meraih empat mata selepas dua perlawanan.

Sementara Ukraine yang nyata kecewa dengan kekalahan ini perlu bangkit dalam perlawanan terakhir menentang England sekiranya mahu menjadi pasukan tuan rumah pertama layak ke suku akhir Euro 2012.

Perlawanan yang dihentikan hampir satu jam ekoran hujan lebat, menyaksikan pertembungan sengit antara kedua-dua pasukan.

Malah, Perancis yang hampir untuk mendahului di hadapan pada babak awal perlawanan gagal dilaksanakan dengan baik apabila setiap percubaan dilakukan tersasar.

Manakala Ukraine yang hanya perlu keputusan seri cuba melakukan asakan, namun berjaya dihalang pertahanan Perancis daripada menjaringkan gol.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini, Perancis yang turun dengan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan menewaskan Ukraine 4-1, tahun lepas.

Dalam perlawanan sulung Selasa lalu, Ukraine menang ke tas Sweden 2-1, manakala Perancis dan England terikat seri 1-1.

Selepas ini, satu lagi perlawanan Kumpulan B, melibatkan England dan Sweden pada jam 3 pagi.



Sekilas fakta perlawanan (masa penuh)

- Penguasaan bola: 38% (Ukraine); 62% (Peranics)

- Sasaran ke gawang: 7 (Ukraine); 12 (Perancis)

- Sepakan penjuru: 5 (Ukraine); 5 (Perancis)

- Kad kuning: 1 (Selin, Ukraine); 1 (Menez, Perancis)


Barisan pemain Ukraine:

12 Andriy Pyatov
9 Oleh Gusyev
3 Evhen Khacheridi
17 Taras Mykhalyk
2 Echen Selin
11 Andriy Yarmolenko
4 Anatoly Tymoshchuk
19 Evhen Konoplyanka
18 Serhiy Nazarenko
7 Andriy Shevchenko
10 Andriy Voronin


Barisan pemain Perancis:

1 Hugo Lloris
2 Mathieu Debuchy
5 Philippe Mexes
4 Adil Rami
3 Patrice Evra
6 Yohan Cabaye
18 Alou Diarra
15 Florent Malouda
11 Samir Nnasri
10 Karim Benzema
7 Franck Ribery

- SINAR HARIAN

0 komentar:

Posting Komentar


Top