Rabu, 06 Juni 2012

Minyak Petrol RON97 turun 10 sen kepada RM2.80 seliter


Harga petrol RON97 diturunkan sebanyak 10 sen seliter bermula Khamis, 7 Jun 2012.

Harga tersebut adalah ekoran purata harga minyak di pasaran bagi bulan lalu telah menurun.

Harga runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara `urus apungan` iaitu harga bulanan berubah mengikut harga pasaran.

Dengan penurunan ini, harga bahan api itu menjadi RM2.80 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum ini.

Mei lalu, harga minyak mentah melepasi paras USD100 (RM310) setong. Pada masa ini, ia berlegar di bawah paras USD100.

- BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar


Top