Senin, 09 Juli 2012

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PSIKOLOGI S41

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PSIKOLOGI S41

BAHAGIAN I - KECENDERUNGAN
Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan bidang psikologi, bidang teknologi maklumat & komunikasi, pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial, dan lain-lain perkembangan semasa.

Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan dalam bidang psikologi yang sepatutnya diketahui oleh calon-calon yang berkelayakan dalam bidang tersebut.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

BAHAGIAN II - PSIKOLOGI
Penaksiran Personaliti
Masa - 45 minit
Bilangan soalan - 185 soalan

0 komentar:

Poskan Komentar


Top