Jumat, 13 Juli 2012

Semakan kemasukan ke UTM (Lepasan SPTM)

Calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf yang memohon mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi akademik 2012/2013 boleh membuat semakan bermula 13 Julai 2012.

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar UTM dalam satu kenyataan memberitahu, status keputusan permohonan kemasukan boleh diperiksa mulai 12 tengah hari menerusi beberapa saluran, antaranya hotline 03-88706767; helpline 03-88706777; talian am 03-88706755/6766 serta laman web http://upu.mohe.gov.my dan www.jpt.utm.my.

Calon juga boleh memeriksa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip 'UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888 ataupun melalui e-mel azhara@utm.my, hnoraishah@utm.my, suhaimib@utm.my dan azrulmusa@utm.my.

Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran di www.jpt.utm.my bermula Isnin depan. Mereka juga dikehendaki membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja selepas surat tawaran rasmi dikeluarkan.

Pemohon yang tidak menerima sebarang tawaran dibenar mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-rayuan menerusi http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan diumumkan. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari UTM sehingga 30 September, rayuan tersebut dianggap tidak berjaya.

0 komentar:

Posting Komentar


Top