Rabu, 16 Mei 2012

Peranti navigasi TomTom


RAKYAT Malaysia kini boleh menikmati perjalanan lancar ke mana-mana sahaja destinasi mereka menerusi bantuan peranti navigasi TomTom.

Hadir bersama siri terbaru Premium GO2050, kedua-dua model TomTom GO2050 dan TomTom GO2050 World itu disempurnakan bersama teknologi pemetaan premium dan spesifikasi kawalan lebih inovatif.

Kelebihan tersebut menjadikannya sesuai digunakan oleh pengguna yang ingin menikmati pengalaman perjalanan mudah sama ada bagi tujuan bekerja mahu pun bercuti.

Daripada sudut keselamatan, produk sistem penentu kedudukan global (GPS) itu dilengkapi perisian termaju untuk navigasi terkawal dan selesa.

Paparan skrin sentuh bersaiz lima inci pula mempunyai resolusi sangat jelas dan mampu memberi respons lancar terhadap setiap arahan interaktif atau gestur jari.

Untuk fungsi audio, kedua-dua model tersedia bersama pembesar suara berkuasa untuk memberi arahan yang mudah didengari.

Reka bentuknya pula kelihatan lebih moden dan elegan.

Bagi tujuan sokongan peranti, ia didatangkan bersama pelekap magnetik mudah untuk tujuan pengendalian sebelah tangan.

Pengguna model TomTom GO2050 World akan disediakan bersama peta lengkap di tujuh buah negara Asia iaitu Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia, Macau dan Hong Kong.

Kedua-dua model TomTom GO2050 dan TomTom GO2050 World masing-masing ditawarkan pada harga pasaran RM999 dan RM1,249.

0 komentar:

Posting Komentar


Top