Sabtu, 19 Mei 2012

Hafiz juara realiti TV Mania


KUALA LUMPUR 19 Mei - Program realiti televisyen, Mania terbitan Astro menobatkan Hafiz (gambar) sebagai juara pertandingan nyanyian itu pada konsertnya yang diadakan di Stadium Putra, Sabtu, 19 Mei 2012.

Dengan kemenangan itu, Hafiz membolot hadiah lumayan berjumlah RM500,000.

Naib juara pertandingan yang diacarakan Aznil Nawawi itu dimenangi oleh Stacy yang turut membawa pulang hadiah bernilai RM200,000.

Tempat ketiga pertandingan yang disiarkan selama 10 minggu itu menerusi Astro Ria itu diraih Jaclyn Victor yang menggondol hadiah bernilai RM100,000 berserta trofi.

Hafiz yang berada di bawah bimbingan Ahmad Dhani turut membolehkan penerbit muzik itu membawa pulang hadiah bernilai RM300,000.

Pertandingan akhir yang dihadiri kira-kira 1,000 penonton itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

- UTUSAN

0 komentar:

Posting Komentar


Top