Tampilkan postingan dengan label Buku. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Buku. Tampilkan semua postingan

Selasa, 03 Juli 2012

Buku : Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya


Jodoh itu penuh keunikan.

Apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.

Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya

juga belum pasti.

Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering

terkeliru.

Adakah dia jodoh ditunggu, ataupun dia sekadar

menyapa sambil berlalu.

Kadangkala hadirnya tidak disangka.

Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita.

Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati,

pahitnya dapat menghancurkan diri.

Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui.

Apabila dia menyapa, jodohkah namanya

ISI KANDUNGAN :

FALSAFAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM

RENCAM JODOH
  1. Tersalah Pilih Jodoh?
  2. Bersekedudukan Tanpa Ikatan Perkahwinan.
  3. Apabila Diri Sudah Ternoda, Masih Adakah yang Sudi? 

  1. Hati Terpikat Suami Orang.
  2. Impian Kahwin Tiga.
  3. Jodoh Merentas Benua.
  4. Jodoh Bergelar Datuk.
  5. Akibat Diri Kasonava, yang Dikejar Tidak Dapat, yang Dikendong Keciciran.
  6. Dilema Diri Digelar Andartu.
  7. Kahwin Paksa: Bahagia atau Sengsara?
  8. Berapa Kali Mahu Kahwin Cerai?
  9. Pinangan Ditolak, Akhirnya Kekasih Dibawa Lari.
  10. Belum Sampai Seru Ingin Berkahwin.
  11. Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi. Dilema Kekasih Hati Dirampas Sahabat Sendiri…
  12. Bersediakah Kahwin Ketika Belajar?
  13. Nasi Lemak Buah Bidara, Sayang Selasih Hamba Lurutkan, Buang Emak Buang Saudara, Kerana Kasih Hamba Turutkan.
  14. Antara Dua Darjat. 
  15. Kahwin Selepas Ditangkap Basah.
  16. Tidak Dapat Berkahwin, Hantaran Terlalu Mahal.
  17. Bercinta Sampai ke Syurga.
  18. Rombongan Pengantin Tidak Kunjung Tiba.
  19. Pinangkan Dia untuk Aku Wahai Ibu…
  20. Cinta Muka Buku.
  21. Dilema Bapa Berkahwin dengan Bekas Kekasih
  22. Bermain Cinta dengan Abang Ipar.
  23. Cinta monyet.
  24. Cerewet Memilih Jodoh.
  25. Akhirnya Bercerai Walaupun Usia Perkahwinan Mencecah 40 Tahun.
  26. Biar Tiada Rupa, Asal Berbudi Bahasa.
  27. Rumahtangga Musnah Akibat Orang Ketiga.
  28. Kahwin Sepupu Sendiri.
  29. Janda Berhias.
  30. Izinkan Abang Kahwin Lagi.



Minggu, 24 Juni 2012

Buku : Hebatnya Android



Handfon Android kian popular. Pada era digital dan Internet masa kini, handfon Android ternyata memberi banyak kemudahan terutama kepada pekerja profesional mahupun bagi mendukung segala pekerjaan mereka. Dengan handfon Android yang mempunyai kemudahan Internet, segala urusan dapat dilakukan dengan mudah.

Kita dapat menguruskan dokumen kerja dan mengadakan mesyuarat secara online pada bila-bila masa. Malah, kita dapat melakukan navigasi semasa dalam urusan luar, dan menjadikannya sebagai hotspot lokasi yang disinggahi.

Tambahan, Android juga dapat menjadi pengawal kesihatan kita pada setiap masa. hasil aplikasi pendukung yang hebat dan maju, Android dapat menjadi pejabat bergerak yang boleh di bawa ke mana sahaja. Buku ini memberikan tip-tip berguna bagi memaksimumkan penggunaan Android dalam urusan pekerjaan.

ISI KANDUNGAN

BAB 1 Android Semakin Popular
BAB 2 Tip Memilih Android
BAB 3 Beraktiviti dan Bekerja dengan Android
BAB 4 Memanfaatkan Market Place
BAB 5 Bekerja Dinamik dengan Android
BAB 6 Komunikasi
BAB 7 Menguruskan Kerja
BAB 8 Pemangkin Pekerjaan
BAB 9 Perjalanan Rasmi Semakin Lancar
BAB 10 Pantau Kesihatan dengan Android

Buku "Hebatnya Android" ini boleh diperolehi secara online di : http://www.bookcafe.com.my/en/komputer-and-internet/hebatnya-android.html

Rabu, 06 Juni 2012

Buku : SMILE - Irma Hasmie



Buku : SMILE (Skil, Motivasi, Inspirasi, Luar Biasa & Elegen) - Irma Hasmie

Kata Irma

Siapa di dalam sana?

Gurunya bangun dan berdiri di hadapan Boyot. Kemudian menunjukkan jari telunjuknya sambil berkata, “Sehingga pada satu hari, seorang guru yang menjaga peperiksaan di dewan berdiri di tepi meja, melihat kertas peperiksaan saya yang kosong. Lalu dia berkata...”

Insuran sosial Tuk Aji

Setiap sempadan negeri dilintasi, ada sahaja rumah rakan yang diziarahi. Takjub dan hairan Isa melihat bagaimana atuk membina rangkaian kawan seramai itu.

Diari buruk yang memuliakan

Suriati menggeleng-gelengkan kepala, “Siapa dia dan siapa mereka?” Nama-nama yang tidak ada dalam catatan ayah menjadikan mereka mahu tahu.

Merancang dart tindakan

Ayah berkata, “Semakin dewasa semakin banyak perkara perlu dilakukan. Semakin kita berubah. Tetapi....”

Selipar hidup, selipar hati

Sebentar tadi dialah yang awal memasuki masjid. Sebelum khatib bermula, suaminya sudah keluar dari masjid. Mengapa suamiku begitu aneh?

Murah dan mahal tetap sama

Adik membuka kotak hadiahnya, “Adik pun mendapat hadiah yang sama. Tetapi, kamera polaroid adik kecil sahaja berbanding kakak,” sedikit muncung di bibir apabila kamera polaroid miliknya dan milik kakaknya diletakkan bersebelahan.

Anak tangga, semakin ke atas semakin jelas

“Benar, rancangan besar yang tidak dapat dilaksanakan oleh orang berjiwa kecil. Jadi semuanya sekadar tinggal rancangan besar sahaja?”

Doa siapakah yang termakbul

Ada seorang lelaki yang tidak putus berdoa. Mujarabnya kata-kata orang yang dipanggil si Bibir Mutiara apabila menjadi doa. Bibir Mutiara bertanya, “Mahu doakan apa ya?”

Meja-meja sang guru kehidupan

Si pekerja bank melihat kiri dan kanan. Banyak lagi meja yang kosong, tetapi meja yang diduduki dia juga menjadi pilihan Dian. Mengapa Dian duduk di situ, apa istimewanya meja itu?

Meraikan jemaah syurga

Lelaki berusia memerhatikan dia melintasi jalan. Sebelum beredar, dia sempat berkata dengan suara yang kuat, “Jangan membazir masa, wajah muda kamu itu semakin tua setiap kali saat berjalan!”

Rancang kebahagiaan dua kali ganda

"Saya mampu memeriahkan majlis anak perempuan saya sebesar ruang yang saya mohon itu,” kata-kata yang sudah cukup memberitahu mengapa begitu dipilihnya.

Ubah dunia orang kecil

Ada waktu, si isteri akan berkata kepada suaminya, “Nampaknya habislah pensel di rumah kita ini. Semakin kontot pensil dibuatnya.”

Meraikan Ikhlas Berkali-kali

Dengan rasa tidak berpuas hati, guru itu berkata, “Bolehkah Dinding berubah? Hari ini nampak baiknya mengecat di tembok taska, pergi ke surau pada awal waktu. Selepas selesai semua ini, perangainya kembali kepada asal.”

Biar Sedikit Asal Menjadi

“Saya membawa jemputan daripada ketua kampung. Dua hari lagi adalah majlis perkahwinan anaknya. Dia menjemput semua untuk hadir ke majlis perkahwinan itu,” kata lelaki itu secara ringkas dan jelas.

Garis bibir mengubah rasa

Balasan yang diterima, tubuh yang statik, wajah curiga, garis lurus antara bibirnya. Hawa berasa sejuk subuh bertukar panas hanya kerana respons itu.

Kebajikan kegemaran jiwa

“Kotak derma ini sama saiznya. Apa yang tertulis pada kotak itu datang daripada orang yang sama. Mengapa begitu banyak kotak derma bagi satu tujuan sahaja?”


* Buku ini boleh dibeli secara online di: http://www.bookcafe.com.my/en/pembangunan-diri/smile-en.html

Minggu, 03 Juni 2012

Buku : Doktor Umum (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)


Buku : Doktor Umum (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)

ISBN: 9789674150259
Pengarang: Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh Terbit (Versi B.Melayu):30-APR-2012
Penerbit: MPH Group Publishing

Sinopsis:
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan.

Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad.

Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.

BIODATA PENULIS
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas.

Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru.

Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat.

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.

Buku ini boleh dibeli secara online di: http://www.lazada.com.my/Doktor-Umum-%28Memoir-Tun-Dr-Mahathir-Mohamad%29-73384.html
▲
Top